Skip to playerSkip to main content
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa penggunaan istilah 'Tol Genting Highlands' adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

Jelas beliau, bayaran yang disebut itu sebenarnya merujuk kepada caj kenderaan, bukannya tol baharu seperti yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #TolGentingHighlands #GentingHighlands #CajKenderaan
Transcript
00:00Ingin saya jelaskan bahawa Yang Berhormat Menteri Kerja Raya telah membuat kenyataan media
00:05antara lain perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah bahawa jalan itu jalan persendirian
00:13dan kerajaan pusat tiada kaitan dengan jalan persendirian itu.
00:20Yang ada kaitan ialah kerajaan negeri dan majlis perbandaran bentuk untuk memastikan bagaimanakah pelaksanaannya.
00:28Pada pandangan kami perkataan tol harap jangan digunakan sebab dia mengelirukan dengan 33 konsesi tol yang ada di lebuh raya-lebuh raya.
00:41Oleh itu saya kira mungkin boleh ditukar pada cac kenderaan.
00:47Sama apakah kesannya cac kenderaan itu kepada pihak Genting Highland.
00:53Saya kira jika mereka meletakkan harga yang tinggi kuranglah pelancong datang ke tempat itu.
01:01Itu risiko yang perlu mereka ambil.
01:03Pelancong akan pergi ke tempat lain yang tidak ada cac ataupun bukan jalan persendirian.
01:10Dan pada pandangan saya secara peribadi saya kira pekerja tidak perlulah dikenakan cac.
01:16Kemudian orang-orang yang memiliki tanah di situ bukan hanya dimiliki oleh Genting.
01:24Mungkin Genting telah menjual kepada pihak lain.
01:28Misalnya ada hotel-hotel yang dibina bukan oleh Genting.
01:32Saya kira perkara itu juga perlu dirondingkan oleh pihak mereka.
01:36Kita ada Aminuddin Baki, Institut Aminuddin Baki di situ.
01:44Takkanlah mereka juga nak dikenakan cac.
01:47Jadi saya kira jalan batang kali ke situ yang laluan umum saya kira tidak patut dikenakan cac.
01:55Hanya mereka yang nak pergi bergembira di atas itu.
02:00Saya kira wajar mereka dikenakan cac.
02:03Kepada mereka yang melaluinya atas tujuan sosial, saya tak nampak ia patut dikenakan cac.
02:11Dan itu pandangan saya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended