00:00RapidBus sendirian berhad akan melaksanakan fasa terakhir penyelarasan aplikasi tempahan Rapid KL On Demand
00:07bermula Sabtu menandakan perpindahan penuh ke aplikasi tunggal Rapid On Demand.
00:13Langkah ini menutup penggunaan aplikasi terdahulu seperti Kumota, Mobi dan TrackRights.
00:21Menurut pemangku ketua pegawai eksekutif RapidBus, Ku Jamil Zakaria,
00:25penyelarasan ini melengkapkan transformasi digital perkhidmatan yang dijalankan sejak Jun lalu.
00:31Ku Jamil menegaskan integrasi bukan sekadar peningkatan teknikal tetapi sebahagian usaha
00:35memastikan sistem pengangkutan awam yang lebih lancar, mudah diakses dan konsisten di seluruh lembah kelang.
00:42Fasa akhir itu turut membabitkan penggambungan serta peluasan beberapa zon perkhidmatan
00:46antaranya Seri Rampai ke Tamai Melawati, Tamai Medan ke Sunway serta peluasan zon di sekitar Putrajaya,
00:53SS6 dan SS7 selain penggabungan laluan Sunway ke stesen Taman Paramau.
00:59Beliau berkata pengguna kini tidak lagi perlu beralih antara aplikasi berbeza untuk membuat tempahan perjalanan.
01:05Semua pengguna kini hanya perlu menggunakan aplikasi Rapid On Demand yang boleh dimuat turun secara percuma.
Comments