00:00Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional BN mampu merampas semula pentadbiran kerajaan negeri Sabah dalam pilihan raya negeri PRN ke-17.
00:11Suhaimi yang juga bakal calon pertama kali di kerusi Dewan Undangan Negeri Don Sungai Sibuga berkata ia bersandarkan kepada pendekatan BN menampilkan ramai calon muda, profesional dan berintegriti berbanding parti lain yang masih menurunkan calon kitar semula.
00:27Tambahnya rakyat kini semakin bijak menilai dan lebih cenderung memilih calon yang mempunyai kemampuan mentadbir serta integriti tinggi berbanding semata-mata berasaskan parti.
00:40Jadi kita dilihat sekarang calon Barisan Nasional 80% muka baru dan tidak ada calon recycle berbanding parti-parti lain.
00:50Parti-parti lain calon recycle, calon yang sudah lumpat 4-5 kali masuk dicalunkan juga oleh parti tersebut.
00:57Jadi akhirnya rakyat sendiri menilai dan rakyat sendiri boleh mengharapkan bahawa kepimpinan di masa depan ini adalah kepimpinan yang dipilih.
01:07Bukan dipilih atas dasar parti tetapi dipilih atas dasar keedak rakyat itu sendiri.
01:13Beliau berkata demikian ketika ditemui Esro Awani di Sepilok sebelum memulakan mesyuarat bersama ketua daerah mengundi bagi Dun Sungai Sibuga dan Dun Sungai Manila pada Khamis.
01:25Selain itu, Suhaimi turut menegaskan bahawa BN kekal sebagai gabungan yang mempunyai struktur pentadbiran tersusun dan pengalaman luas dalam mengurus takbir negeri.
01:35Ini jelasnya berdasarkan isu-isu asas yang membelenggu rakyat seperti masalah air dan elektrik yang menurutnya semakin meruncing selepas BN tewas pada 2018.
01:45Belum ini kita juga merasai semasa zaman barisan nasional kita tidak pernah ada pipe tidak ada air tetapi zaman setelah warisan mengambil alih kerajaan barisan nasional isu ini berlarutan sehinggalah dipimpin oleh kerajaan DRS pada hari ini.
02:04Dan apa yang menjadi matlamat sebenarnya, kita sebagai kerajaan barisan nasional yang terbentuk pada 29 November nanti, insyaAllah kita akan selesaikan isu-isu penyakit tiga serangkai yang boleh menyebabkan penyakit ini juga akan menjadi lima serangkai.
02:20Sungai Sibuga merupakan kubu kuat BN dan pada PRN Sabah ke-16, parti itu berjaya catat kemenangan bergaya menerusi Allah Yarham Datuk Mohd Hamsan Awang Supain yang memperoleh 7,545 undi dalam saingan lima penjuru.
02:38Bagaimanapun, Mohd Hamsan meninggal dunia pada 19 Januari lalu di usia 65 tahun di sebuah hospital swasta di kota Kinabalu akibat komplikasi beberapa penyakit.
02:50Terima kasih kerana menonton!
Comments