Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Iran sedang berdepan krisis air terburuk dalam beberapa dekad apabila kemarau enam tahun berturut-turut dan gelombang haba ekstrem menyebabkan sumber air merosot ke tahap kritikal. Presiden Masoud Pezeshkian memberi amaran bahawa Tehran mungkin menghadapi catuan air atau pemindahan penduduk jika hujan tidak turun dalam masa terdekat. Setakat November, 19 empangan hampir kering sepenuhnya manakala empangan utama yang membekalkan air kepada Tehran berada pada kapasiti sekitar 10 peratus.
Transcript
00:00Iran sedang bergelut memastikan bekalan air minuman mencukupi di seluruh negara, susulan pelbagai krisis serentak dihadapi negara itu termasuk kemarau berpanjangan dan gelombang haba ekstrim.
00:11Presiden Mas'un Pazizkian membuat keputusan sukar dengan menyatakan kerajaan mungkin terpaksa mencatu air sekiranya hujan tidak turun menjelang bulan depan.
00:23Dalam masa yang sama, tindakan pemindahan penduduk bandar raya itu yang dihuni hampir 10 juta orang turut akan dilakukan.
00:30Langkah itu mencerminkan tekanan luar biasa yang dihadapi Iran, sebuah negara yang mempunyai lebih 90 juta peluduk dengan ekonomi yang lumpuh akibat sekatan.
00:39Iran kini masuki tahun ke-6 berturut-turut di landa kemarau, manakala suhu gelombang haba musim panas lalu mencecah lebih 50 darjah Celsius.
00:48Keadaan ini mempercepatkan susutan sumber air di seluruh negara.
00:51Menurut Pertuban Meteorologi Iran, negara itu hanya menerima 2.3mm hujan setakat awal November, merosot 81% berbanding purata sejarah bagi tempoh yang sama.
01:03Data terkini turut menunjukkan 19 empangan di seluruh Iran kini berada di Ampang Kering sepenuhnya, meningkat daripada 9 hanya 3 minggu lalu.
01:11Kesemuanya berada pada kapasiti kurang 5% manakala puluhan lagi menunjukkan tren yang hampir sama.
Comments

Recommended