00:00Calon-calon bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN pada pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17 akan diketahui esok.
00:09Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, sebanyak 3,334 borang penamaan calon telah dijual hingga semalam.
00:17Daripada jumlah itu, 2,414 set borang dijual melalui pejabat PPN Sabah, manakala 920 set lagi dijual melalui pejabat pegawai pengurus.
00:30Pada hari penamaan calon, setiap daripada mereka diberikan tempoh 1 jam dari 9 hingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan sebelum senarai rasmi yang layak bertanding diumumkan pegawai pengurus pilihan raya masing-masing.
00:44Setelah pengesahan selesai, calon-calon bertanding boleh memulakan kempen sepanjang tempoh 14 hari yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya SPR iaitu hingga 11.59 malam 28 November.
00:56Bagi memudahkan proses, SPR menasihati bakar calon supaya mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat PRN Sabah serta membuat perbayaran deposit sebelum hari penamaan.
01:08Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya negeri kali ini.
01:19Mereka terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.
01:34Setakat 8 malam tadi, PKR telah mengumumkan 10 calon dan DAP7 yang kesemuanya bertanding atas tiket Pakatan Harapan.
01:42Barisan Nasional yang melibatkan UMNO, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah dan seorang calon langsung pula bertanding di 45 dun.
01:51Gabungan Rakyat Sabah, GRS juga telah mengumumkan bertanding di 55 dun terdiri daripada calon Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Cinta Sabah, PCS, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, ASNO, Parti Bersatu Sabah, PBS, Parti Harapan Rakyat Sabah.
02:07Parti Warisan, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, PPRS, Parti Impian Sabah masing-masing mengumumkan bertanding di semua 73 dun, Perikatan Nasional 41 dun, manakala Parti Solidariti Tanah Airku, STA dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, KTM, masing-masing 40 dun.
02:27Sementara itu, Parti Kerjasama Anak Negeri 26 calon, Parti Maju Sabah SAPP 6 dun dan 17 lagi calon bebas yang bergerak atas nama Gelombang Hitam turut bertanding pada PRN ke-17.
Comments