Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Anwar menegaskan, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang panjang dan teliti hasil daripada beberapa siri mesyuarat.
Transcript
00:00Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40% hasil kepada Sabah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pilihan raya negeri PRN yang akan berlangsung hujung bulan ini.
00:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang panjang dan teliti menerusi beberapa siri mesyuarat yang dipengerusikannya sendiri serta timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof.
00:46So it's not because of PRN eh Datuk Seri?
00:48No, because we have accepted, I mean, issues with the judgement. I mean, kalau kita tak buat, ada meeting. Beberapa kali, berbelas kali mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadilah. Saya sendiri bergerusikan di Kuching, di KK, di KL.
Comments

Recommended