Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Seorang pegawai kanan Astro ditawan bagi mendapatkan wang tebusan RM5 juta. Insiden cemas itu adalah simulasi penuh ini bagi memenuhi tahap keselamatan ditetapkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua kawasan larangan dan sasaran penting.
Transcript
00:00Pusat penyiaran Asia Bukit Jalil yang merupakan sasaran penting kecoh apabila sekumpulan lima pengganas bersenjatakan parang dan molotov cocktail menyerbu premis berkenaan pada pagi selasa.
00:14Kumpulan berkenaan bertindak memulakan kebakaran dan menawan seorang pegawai kanan estro bagi meminta wang tebusan sebanyak 5 juta ringgit.
00:22Pasukan Bomber dan Penyelamat Bukit Jalil yang tiba 7 minit selepas krisis bermula memadam kebakaran sementara sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ceras mengatur gerak bagi membebaskan tebusan.
00:37Pasukan Serbuan hanya memerlukan 5 minit bagi melumpuhkan kumpulan pengganas dan membebaskan tebusan tanpa sebarang kecederaan.
00:52Simulasi penuh ini adalah bagi menilai keberkesanan pelan tindakan kecemasan ERP yang ditetapkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia CJSO bagi semua premis kawasan larangan.
01:10Timbalan Ketua Polis Daerah Ceras, Superintenden Chua Kotlian berkata latihan berkala sebegini membolehkan organisasi menguji keberkesanan pelan, mengenalpasti kelemahan dan membuat penambahbaikan.
01:23Jadi tujuan utama simulasi ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan pihak Polis Bantuan Astro Bukijali dan untuk menguji SOP jika berlaku pencerobohan.
01:43Sementara itu, Ketua Keselamatan Astro Dr. Arbala Subramaniam berkata keselamatan premis kawasan larangan adalah satu keutamaan syarikat dan perlu dipatuhi sepenuhnya.
01:55Keperluan pada masa sekarang untuk semua instalasi-instalasi yang dikuatkuasakan di bawah CJSO supaya bersiap sedia dalam keadaan apa sekalipun.
02:04Simulasi ini turut dipantau oleh timbalan pengarah CJSO Kuala Lumpur Syamsir Mat Saleh dan Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Keterteraman Awam PDRM serta melibatkan unit polis bantuan serta unit-unit lain dalam Astro.
Comments

Recommended