00:00Selepas ini, Kementerian Perpaduan Negara KPN menerima lebih 800 permohonan penganjuran program berteraskan perpaduan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan NGO di seluruh negara tahun ini, sekaligus menunjukkan peningkatan minat terhadap usaha mengukuhkan keharmonian masyarakat majmuk.
00:15Ketua Setiausaha KPN, Datuk Haslina Abdul Hamid maklumkan, hampir 100 program telah diluluskan dan dilaksanakan dengan sokongan peruntukan kementerian bagi memastikan impaknya dirasai komuniti setempat.
00:26Program-program ini menjadi platform memperkukuh semangat kebersamaan dalam kepelbagaian kaum dan agama dengan lokasi strategik yang turut menarik perhatian pelancong luar negara.
00:38NGO turut digalakkan menganjurkan program perpaduan dengan permohonan boleh dibuat secara dalam talian.
00:44Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Festival Warisan Perpaduan Budaya Malaysia 2025 pada Sabtu.
00:51KPN membuka tiga jendela permohonan setiap tahun bagi memberi peluang lebih banyak pertubuhan berdaftar menghantar cadangan.
00:59Haslina berkata jumlah permohonan ini juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelum ini,
01:03sekaligus membuktikan komitmen tinggi masyarakat terhadap usaha memperkukuh perpaduan nasional melalui platform berasaskan warisan, budaya dan seni komuniti.
Comments