Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr mengisytiharkan bencana kebangsaan selama setahun bagi mempercepat operasi menyelamat, bantuan, pemulihan dan pembinaan semula selepas kemusnahan besar yang dicetuskan oleh Taufan Tino, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
00:00Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. mengistiharkan bencana kebangsaan selama setahun bagi mempercepatkan operasi menyelamat, bantuan, pemulihan dan pembinaan semula pasca Taufantino.
00:12Melalui proklamasi 1077 yang diumumkan pada Sabtu, pengistiharan itu bertujuan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang lebih cepat dan selaras antara kerajaan dan sektor swasta di kawasan yang terjejas.
00:26Deklarasi itu turut membenarkan pelaksanaan segera langkah pemulihan wajib termasuk penetapan had harga bagi barangan keperluan asas dan barangan utama, pemberian pinjaman tanpa faedah kepada sektor paling terjejas serta larangan manipulasi harga dan pengambilan keuntungan berlampau terhadap barangan penting, ubat-ubatan serta produk petrolium.
00:48Ia turut membolehkan kerajaan persekutuan dan tempatan menggunakan dana berkaitan bagi tujuan menyelamat, bantuan, pemulihan serta program pembinaan semula termasuk penyediaan perkhidmatan asas kepada individu dan komuniti yang hilang tempat tinggal.
01:04Menurut proklamasi 1077, deklarasi itu akan berkuat kuasa selama setahun kecuali ditamatkan lebih awal oleh Presiden.
01:12Taufantino yang juga dikenali sebagai Taufan Kalmaegi melanda sebahagian besar wilayah Visayas serta beberapa kawasan di Mindano dan Luzun Selatan menyebabkan banjir besar tanah runtuh dan kemustahan infrastruktur yang serius.
01:28Menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Filipina, jumlah korban akibat bencana itu kini mencecah 188 orang.
Be the first to comment