00:00Harga tiket penerbangan ke Sabah pada musim perayaan dan isu jalan utama di Johor yang semakin sesak antara perkara dibangkitkan pada Presidenan Dewan Rakyat hari ini.
00:09Menurut Aturan Urusan Masyarakat di Lamar Rasmi Parlimen, Vivian Wong Sheri, PH Sandakan, bertanyakan Menteri Pengangkutan berhubung purata kos tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu, Sabah pada musim perayaan sekiranya program harga maksimum RM499 tidak dilaksanakan kerajaan.
00:26Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bercadang untuk mewajibkan syarikat penerbangan memaklumkan kepada pembeli jumlah subsidi tiket penerbangan yang diberikan pada sesi soal jawab lisan.
00:39Pada sisi sama, Muhammad Islahuddin Abbas, Ahli Parlimen Mersing, meminta Menteri Kerja Raya menyatakan kesediaan kementerian untuk menaik taraf lebuh raya dan jalan utama di Johor yang semakin sesak akibat pertambahan kenderaan serta pembangunan pesat di Iskandar, Malaysia, khususnya dalam menghadapi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor, Singapura.
00:59Turut menarik perhatian soalan Oscar Ling Chai Yu kepada Menteri Pelaburan, Pedagangan dan Industri berhubung jumlah projek pusat data yang diluluskan, unjuran penggunaan elektrik dan air serta strategi kerajaan mengimbangi pelaburan kecerdasan buatan AI dengan keselamatan sumber negara.
01:15Usai sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2026 di peringkat jawatan kuasa.
01:26Mesyuarat ketiga penggal keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.
Comments