Skip to playerSkip to main content
Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia, Mohd Razaimi Hamat berkata jabatan berkenaan mendekatkan masyarakat terhadap sejarah budaya, seni dan bangsa negara melangkaui premis muzium semata-mata. Jelasnya, program berbentuk interaksi langsung bersama komuniti turut digiatkan. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Dan dalam konteks ini juga sebenarnya kita juga terlibat dalam membawa muzium keluar daripada taman ini
00:06untuk membolehkan kelompok masyarakat yang tidak berkesempatan ke muzium untuk juga dapat merasai apa yang muzium buat.
00:14Ini dalam konteks outreach program kita, jangkauan luar kita, kita juga bawa program-program muzium ini kepada komuniti.
00:20Dan pada saya inilah antara satu tanggungjawab kita yang perlu ada dan dilaksanakan oleh hampir semua muzium-muzium yang berada di Malaysia.
00:28Ini memberi satu kesan yang lebih baik kepada masyarakat dan juga memberi ruang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk hadir
00:36juga dapat merasai apa itu sebenarnya muzium kita.
00:40Termasuk program tidur di muzium?
00:42Termasuk. Dan sebenarnya saya sentuh juga. Sebab itu antara program signature jawatan muzium Malaysia, bermalam di muzium.
00:50Bermalam di muzium ini merupakan satu program yang telah juga mendapat perkhidmatan khususnya melalui perkhidmatan Malaysia Book of Record dan sebagainya.
00:58Melalui penyertaan pelajar yang paling ramai bermalam dalam satu program di muzium.
01:03Sebab kita melibatkan pendekatan kita adalah secara whole of government, whole of nation.
01:08Bermalam di muzium ini digembeling secara bersama menggerakkan satu program.
01:11Bermalam di muzium digerakkan secara bersama oleh semua muzium-muzium di Malaysia.
01:14Menjadikan satu detik yang cukup bermakna apabila kita buat secara serentak ini.
01:19Kalau di muzium lenggung, payah juga.
01:21Tapi sebenarnya saya amat tertarik apabila kita melaksanakan program bermalam di muzium.
01:27Persepsi kita yang pertama adalah pelajar ini akan merasa takut apabila dimomokkan dengan andaian awal bahawa muzium ini adalah satu entiti yang berhantu.
01:35Tapi apabila mereka berada di muzium, menyertai program kita dan kita tanya selepas program berakhir, ternyata stigma itu tiada sama sekali.
01:46Dan keseronokan yang timbul.
01:48Dan yang penting pemahaman terhadap identiti budaya dan warisan kita.
Comments

Recommended