00:00Di Wall Street, perbincangan kini tertumpu kepada persoalan sama. Ada pasaran sedang membina satu gelembung baru berasaskan AI.
00:08Ini kerana syarikat gergasi seperti Microsoft, Google, Meta dan Amazon kini membelanjakan ratusan bilion dolar untuk membina pusat data, pelayan dan chip pemprosesan bagi menyokong sistem AI generatif.
00:19Dan dalam suku terkini, perbelanjaan modal mereka melonjak antara 70% hingga 100% berbanding tahun lalu.
00:27Lonjakan pelaburan ini telah melonjakkan harga saham teknologi ke paras tertinggi. Tetapi pada masa sama, ia juga menimbulkan kebimbangan.
00:34Adakah kenaikan ini berpaksikan asas sebenar atau hanya euforia pasaran?
00:39Persoalan inilah yang penting kepada pelabur Malaysia kerana apa yang berlaku di Wall Street akan cepat mempengaruhi hala 70 saham Malaysia.
00:45Dan sudah bersedia untuk bantu kami fahami setiap aspek gelembung yang ada dalam pasaran adalah pengarah strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA.
00:53Sedang Berhad, Mohd Siddiq Jantan. Saya nak ajakkan terima kasih Siddiq karena sedi meluangkan masa bersama kami.
00:59Kita akan terus kepada persoalan kita. Mengapa Wall Street ini ketika ini bimbang tentang gelembung AI?
01:05Okey, baik Nina. Kalau kita lihat, even apa yang Nina katakan perbelanjaan yang dilakukan oleh Amazon dan juga Meta.
01:16Tapi pada masa yang sama, even sekarang ni kita lihat OpenAI ataupun produk mereka iaitu CheckGBT, mereka juga sedang mengumpulkan dana-dana untuk meletakkan company OpenAI di IPO.
01:33Dan ini menunjukkan banyak perbelanjaan dilakukan oleh kebanyakan syarikat-syarikat teknologi.
01:40So, kebimbangan terhadap gelombang AI ataupun yang kita panggil AI bubble ni, dia berpunca daripada dua perkara iaitu
01:48yang pertama, kenaikan harga saham teknologi yang terlalu pantas.
01:52Dan juga yang kedua adalah jurang antara pelaburan besar dengan pulangan sebenar.
01:57So, dalam tempoh dua tahun terakhir, kalau kita tengok pada tahun 2023, 2024 dan 2025, kita lihat indeks Nasdaq sendiri telah melonjak lebih daripada 40%.
02:09Yang kita lihat, ianya banyak didorong oleh euphoria terhadap potensi kecerdasan buatan iaitu AI.
02:17Syarikat gegasi teknologi, dia meningkatkan perbelanjaan yang mendadak.
02:24Namun, pertumbuhan keuntungan sebenar tidak seiring.
02:28Dan sebagai contoh, hasil daripada penggunaan gen AI masih kecil berbanding dengan jumlah pendapatan keseluruhan syarikat-syarikat besar tersebut.
02:38So, kalau kita tengok, even laporan daripada Gardner, dia menganggarkan pelaburan dalam sektor AI boleh mencecah 1.5 triliun USD untuk tahun ini, tahun 2025.
02:52Dan nilai perata pulangan pelaburan adalah masih rendah iaitu di bawah 10% bagi kebanyakan projek awal.
03:00So, ini menimbulkan persoalan sama ada, adakah industri AI kini berada pada fasa pelaburan berlebihan yang belum disokong oleh hasil ekonomi sebenar?
03:11Itu menjadi persoalan kebanyakan penganalisi.
03:15Dan banyak juga penganalisi dia melihat dan mengaitkan situasi ini dengan gelembung.com bubble yang berlaku pada tahun 2000.
03:24Di mana harga saham dia melonjak semata-mata kerana keyakinan terhadap masa depan teknologi tanpa asas pendapatan yang kukuh.
03:33So, beza dia sekarang ni kalau kita tengok syarikat teknologi hari ini dia mempunyai asas keuangan yang jauh lebih stabil dengan majin keuntungan yang tinggi dan imbangan tunai yang kukuh.
03:43Namun, sejarah menunjukkan bahawa apabila pelaburan terlalu tertumpu pada satu tema iaitu untuk meluaskan pasaran,
03:52pembetulan pasaran boleh berlaku dengan cepat.
03:55So, kita boleh tengok even pada minggu lepas berlaku kejatuhan di dalam saham mereka juga Microsoft dan kita juga boleh melihat kejatuhan 12% saham sebuah syarikat teknologi besar
04:07yang kalau kita tengok dia mengumumkan lonjakan perbelanjaan AI yang tinggi dan ianya menjadi tanda amaran bahawa pasaran mula menilai semula risiko mereka terhadap pelaburan dalam syarikat-syarikat yang berasaskan dengan generatif AI.
04:28Baik, itu adalah kebimbangan kita lihat daripada sejarah mengapa pelabur-labur kini berbimbang melihat kepada bubble.com 2000 itu.
04:37So, tentu kita lihat kebimbangan yang sama untuk gelembung AI pada kali ini.
04:42Tetapi daripada apa yang telah dikongsikan oleh Siddiq, bagaimana perkembangan ini memberi kesan kepada Asia dan juga Malaysia?
04:48So, apa yang boleh saya katakan apabila saham teknologi di Amerika Syarikat ini dia merosot yang kita boleh lihat pada minggu lalu,
04:56kesannya cepat dirasai di seluruh Asia. Indeks utama Korea, Taiwan dan juga Malaysia.
05:01Tiga-tiga indeks ini jatuh antara 2 hingga 3% menunjukkan betapa eratnya rantaian bekalan dan juga sentimen pasaran serantau dengan pasaran global.
05:10So, Asia Timur yang kini menjadi nadi kepada rantaian bekalan AI dunia iaitu kalau kita lihat Taiwan dan juga Korea,
05:18dia menghasilkan chip dan wafer yang berprestasi tinggi.
05:21Manakala Jepun dia membekalkan mesin dan juga peralatan ketepatan.
05:25Manakala Malaysia serta Vietnam dia berada dalam kategori pengeluar komponen pertengahan dan juga perkhidmatan sokongan pembuatan.
05:32So, kesan positif daripada gelembung pelaburan AI yang kita boleh lihat adalah permintaan kukuh kepada komponen elektronoid dan semikonduktor
05:40yang telah meningkatkan ekspor serantau. Itu yang kita lihat dan kita rasai pada sekitar 2 tahun yang lepas hingga kini.
05:48Misalnya Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekspor E&E sebanyak 15% pada suku ketiga 2025.
05:56Sementara aliran masuk pelaburan langsung asing ke sektor teknologi ini berketepatan tinggi,
06:03meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 4 tahun.
06:07Tapi kalau kita tengok risiko tetap signifikan.
06:09Jika pelaburan global mula merasai ataupun mula melihat valuasi saham AI ini sebagai terlalu tinggi,
06:18perbetulan di Wall Street boleh mencetuskan aliran keluar dana asing dari Asia.
06:24So, pada Otober saja kalau kita tengok aliran keluar bersih daripada dana ekuitis rantau,
06:30dia akan melebihi 1 bilion USD yang menandakan peningkatan sikap berhati-hati terhadap sektor teknologi global.
06:38So, bagi Malaysia kesan dia mungkin ketara dalam bentuk tekanan jualan pada sektor ekspor
06:44serta penurunan kecairan pasaran yang kemasa pendidik.
06:48Itu adalah antara kesan yang akan beri, yang akan terima oleh ASSA dan Malaysia sendiri.
06:52Dan kita nak lihat berbagikan 2 minit Sidiq.
06:54Mungkin bantu kami faham juga, antara sektor mana di Malaysia dan ASSA ini
06:58paling terdedah atau berpotensi mendapat manfaat tersebut?
07:01Okay, baik inilah. Kalau kita lihat untuk sektor yang paling sensitif adalah sektor teknologi dan juga E&E
07:08yang berkait rapat dengan rantaian bekalan chip global.
07:10So, misalnya kalau kita tengok Malaysia kekal antara pemain penting dalam ekosistem semikonduktor dunia
07:16disokong oleh kestabilan politik, kos pengeluaran kompetitif dan juga dasar pelaburan yang mesra industri.
07:22ini kalau kita boleh kumpulkan dia menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan
07:27bagi syarikat bank nasional yang sedang memperbahagakan operasi mereka di luar China.
07:32Namun kalau kita tengok Malaysia berada dalam titik keseimbangan yang luas, yang halus
07:37yang kalau kita lihat dia menerima limbahan positif daripada ledakan pelaburan AI
07:42tetapi pada masa yang sama dia juga terdedah kepada kelembapan mendadak sekiranya penurunan global menurun.
07:48So, kalau kita tengok data terkini untuk pelaburan AI dia menunjukkan pertumbuhan pesanan
07:57chip global yang meningkat 20% dan pada suku kedua tapi kini perlahan sekitar 5% saja
08:04untuk suku ketiga menandakan permintaan mungkin sedang menurun ke tahap yang lebih sedana.
08:09Di peringkat serantau kalau kita tengok Korea Selatan dan juga Taiwan paling sensitif
08:13dengan perubahan pelaburan kitaran AI ini kerana lebih 60% permintaan dunia bagi chip AI
08:20berpunca daripada dua ekonomi tersebut iaitu Korea Selatan dan juga Taiwan.
08:24Dan Jepun pula dia mendapat manfaat melalui peningkatan permintaan bagi peralatan ketepatan
08:31manakala Malaysia dan juga Vietnam seperti saya katakan tadi
08:34dia mempunyai memainkan peranan sokongan melalui pengeluaran komponen dan juga
08:39pemasangan pertengahan. So, selain daripada sektor teknologi dan EAE
08:43saya boleh menyatakan sektor logistik, tenaga dan juga pembinaan data center juga
08:48dijangka turut mendapat limpahan ataupun manfaat daripada pertumbuhan AI global
08:53dengan penggunaan tenaga pusat data dijangka meningkat 30% sepanjang menjelang tahun
08:592026 ini. Tapi kalau kita tengok sektor domestik seperti perbankan,
09:03pengguna, dia dijangka keras stabil dan boleh menjadi benteng kepada ketidaktuan luar.
09:08Okey, kita berpikir satu minit sahaja. Seperti yang lihat ini adalah antara sektor-sektor
09:12yang dijangka mendapat manfaat across Malaysia dan juga ASEAN. Jadi bagaimana untuk
09:16pelabur ini bersiap-sedia? Suka atau tidak menghadapi risiko bubble AI?
09:22Okey, yang pertama pelabur dia perlu menilai secara kritika sama ada sesuatu saham itu
09:26mempunyai asas pendapatan yang kukuh atau sebenarnya menampung
09:29sebenarnya menumpang kepada negatif AI. Yang kedua adalah pendekatan
09:34buy on correction masih relevan menggunakan perbetulan sementara untuk
09:37menambahkan pegangan aset berkualiti tinggi dan akhir sekali memperbaikkan
09:42pelaburan rentas rantau dan juga sektor. Walaupun sektor teknologi kekal penting
09:46sektor domestik seperti teknologi hijau, keuangan dan juga penggunaan
09:50menawarkan kestabilan yang lebih baik dalam menghadapi turun naik global.
09:56Terima kasih Sidi Kena bantu kami faham bagaimanakah sentimen pelabur
09:59di Bursa Malaysia dengan gelembung AI ini dan apakah antara
10:02persediaan yang boleh dilakukan oleh pelabur untuk menghadapi
10:05sebarang risiko daripada gelembung AI. Sekali lagi saya nak
10:07ucapkan terima kasih kepada pengarah strategi pelaburan dan ekonomi
10:10IPPFA sedang berhad. Mohd Sudik Jantan dan setiap perkongsian ini
10:13akan kami rangkumkan dalam astrohoni.com
10:16terima kasih kerana menonton!
Comments