Taufan Melissa kini membawa angin 282 km/j dan dijangka melanda Jamaica lewat Isnin, dengan hujan sehingga 3 kaki serta risiko banjir dan kerosakan besar di seluruh pulau.
00:00Pusat bandar Kingston, Jamaica menjadi sunyi sepi ketika penduduk bersiap sedia menghadapi ketibaan Taufan Melissa yang kini berada pada kategori 5.
00:08Taufan Melissa membawa angin berkelajuan sehingga 282 km sejam dan dijangka menjadi taufan paling kuat pernah melanda Jamaica dalam sejarah.
00:17Menurut Pusat Taufan Kebangsaan, Amerika Syarikat, Melissa dijangka melintasi Jamaica lewat Isnin atau Awas Selasa sebelum menuju ke Cuba, Bahamas dan Turks and Caicos.
00:26Pergerakan perlahan Melissa di atas perairan Caribbean yang luar biasa panas telah menyumbang kepada saiz dan kekuatannya dengan hujan sehingga tiga kaki dijangka di beberapa kawasan.
00:36Dengan saiz Taufan kini melibih panjang Pulau Jamaica, pihak berkuasa memberi amaran tentang risiko banjir besar dan kerosakan teruk terutama di kawasan rendah berhampiran lapangan terbang utama.
00:46Penduduk Jamaica kini diminta terus berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Be the first to comment