Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Malaysia telah merangka inisiatif ekonomi jangka panjang semasa kepengerusian ASEAN 2025, termasuk perjanjian strategik seperti ASEAN Industrial Connectivity Plan dan DIFA. Walaupun Filipina akan mengambil alih kepimpinan pada 2026, kesan rundingan dan pelaburan yang dimulakan Malaysia dijangka berterusan sehingga 2027. Impaknya kepada rakyat termasuk peluang pekerjaan baharu, kestabilan ekonomi, dan sokongan kepada PKS untuk menembusi pasaran serantau.
Transcript
00:00Malaysia merangka pelbagai inisiatif ekonomi semasa kepengerusiannya dalam ASEAN yang direka untuk memberi kesan jangka panjang melebihi tempoh rasmi kepimpinan negara.
00:11Menurut pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Senyam Berhad, Mohd Siddiq Jantan, walaupun Filipina bakal mengambil alih kerusi-pengerusi pada tahun 2026, perjanjian dan rundingan yang dimulakan Malaysia akan terus berjalan sebagai kerangka berbilang tahun.
00:27Kita lihat Malaysia sebenarnya berada dalam kedudukan yang unik. Walaupun Filipina bakal mengambil alih sebagai pengungsi ASEAN, banyak inisiatif ekonomi yang dirancang oleh Malaysia direka bentuk sebagai material framework.
00:42Apa bentuk material framework ini? Ini termasuk ASEAN Industrial Connectivity Plan yang menempatkan Malaysia sebagai pusat penyelarasan industri hijau.
00:51Yang pertama, Digital Integration Framework Agreement, DIFA, di mana Malaysia menjadi salah satu negara merujukkan dalam pembangunan dasar data dan juga keselamatan cyber.
01:01Bermakna, walaupun kepengungsian berakhir secara rasmi pada hujung tahun ini, manfaat ekonominya akan terus mengalir hingga sekolah-kolahnya pada tahun 2026, 2027.
01:12Tambah sidik impaknya kepada rakyat dapat dilihat melalui peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor teknologi dan logistik, kestabilan nilai ringgit serta sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana PKS untuk menembusi pasaran serantau.
01:25Malaysia telah menetapkan asas kukuh untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berimpak langsung kepada rakyat.
01:33Menjadikan kepengungsian ini bukan sekadar simbol diplomatik tetapi pemangkin perubahan ekonomi jangka panjang.
01:39Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Isnin.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended