KKDW peruntuk RM12.4 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi tingkat kesejahteraan luar bandar, termasuk prasarana asas, ekonomi pekebun kecil dan pembangunan digital desa.
00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKW akan meneruskan fokus kepada pembangunan luar bandar secara menyeluruh melalui Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM12.4 bilion, mencatatkan peningkatan 3.69% berbanding tahun sebelumnya.
00:15Timbalan Perdana Menteri Datuk Suri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata, peruntukan itu akan dimanfaatkan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat luar bandar secara holistik melalui pendekatan yang inklusif.
00:25Jelasnya KKDW sentiasa mengambil kira isu kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada jaringan keselamatan sosial bagi meningkatkan taraf hidup serta menambah pendapatan masyarakat luar bandar.
00:39Beliau berkata antara fokus utama adalah memperkukuhkan perasarana asas luar bandar dengan peruntukan RM3.3 bilion bagi projek jalan desa, bekalan air bersih, elektrik dan pemasangan lampu jalan kampung termasuk tenaga solar.
00:54Menurut Ahmad Zaid, walaupun jumlah itu nampak besar, namun pelaksanaannya perlu dibuat secara berfasa mengikut keutamaan kawasan agar impaknya lebih segera.
01:04Selain itu, hampir RM2.4 bilion diperuntukkan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda, pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Rizda dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Felkra bagi melindungi lebih 720,000 peneroka serta pekebun kecil di seluruh negara.
01:25Ahmad Zaid berkata langkah itu bagi memperkukuh ketahanan ekonomi pekebun kecil melalui aktiviti nilai tambah dan hiliran selain menstabilkan harga komoditi.
01:35KKDW juga katanya memberi tumpuan kepada pembangunan digital desa termasuk memperluas capaian 5G dan menggalakkan penlibatan golongan muda serta usahawan luar bandar dalam ekonomi digital.
01:47Ahmad Zaid berkata Majlis Amanah Rakyat Mara menerima RM4 bilion bagi memperkukuh peranan dalam pembangunan usahawan dan pendidikan termasuk RM50 juta untuk menaik taraf 363 premis perniagaan luar bandar serta RM100 juta bagi program Pensekalaan Usahawan Bumi Putera.
Be the first to comment