Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has submitted nearly 140,000 requests to service providers to take down scam-related content, with 95 per cent or 133,348 content items successfully removed between Jan 1, 2022, and Sept 30, 2025, the Dewan Rakyat was told on Tuesday (Oct 14).

Read more at https://tinyurl.com/4yyzknpp

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Dari 1 Januari 2022 sehingga 30 September 2025, MCMC telah mengemukakan sebanyak 139,880 permohonan kepada penyedia perkhidmatan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dengan 133,348 kandungan berjaya diturunkan.
00:22Pecahan mengikut platform adalah seperti berikut, 78.31% adalah di platform Facebook, 19.49% adalah di platform TikTok. Ini antara yang paling besar.
00:37Bagi kandungan berunsur buli, sebanyak 50,160 permohonan telah dibuat dan 38,470 kandungan telah diturunkan bersamaan dengan 77%.
00:49Daripada jumlah yang saya sebutkan tadi, 79.24% kandungan buli cyber adalah di platform TikTok, Datuk M2, dan 11.06% di platform Facebook, manakala 2.22% adalah di platform Tumblr.
01:09Tidakkan penurunan, ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh setiap platform selaras dengan undang-undang tempatan.
01:20Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan, salah satu dari masalah, Datuk Pertua, ialah kewujudan akaun-akaun palsu yang mana banyak daripada aktiviti skam ini,
01:30dia bergerak di sebalik wajah-wajah ataupun akaun-akaun yang tidak benar.
01:37Kalau kita lihat, setiap hari, kalau kita semak dalam contoh dalam platform Facebook,
01:44yang merupakan antara platform paling kerap digunakan oleh skammer, sebanyak 78% daripada semua kandungan skam ada di Facebook.
01:54Jadi, banyak daripada akaun-akaun ini tidak boleh disahkan identitinya.
02:00Itulah antara sebab kenapa di pihak kementerian, antara mesej yang telah disampaikan kepada platform-platform ini adalah disebut dengan izin identity verification.
02:11Kerana kita dapati bukan hanya untuk aktiviti skam, tapi judi dalam talian.
02:16Banyak daripada kandungan ini disebarkan, diwar-warkan dan iklan-iklannya dijual kepada akaun-akaun palsu yang mana kita tak boleh sahkan identiti mereka ini.
02:27Nampak macam perempuan cantik, tapi sebenarnya robot, bukan orang pun.
02:32Dan saya bagi peringatan kepada semua alih-alih yang berhormat terutama dan juga mereka yang hadir untuk menyaksikan.
02:39Bukan semua yang berinteraksi dengan kita dalam media sosial ini orang betul.
02:45Kadang-kadang, dia bukan orang pun.
02:48Rupa macam perempuan cantik, tapi sebenarnya mungkin lelaki.
02:54Jadi, ini peringatan kepada semua.
02:56Sentiasa berhati-hati kerana waktu ini, platform-platform belum lagi melaksanakan pengesahan identiti.
03:04Terutama, termasuk juga untuk mengesahkan umur bagi pemilik akaun media sosial.
03:10Ini antara perkara yang sedang dibincangkan oleh pihak MCMC dalam pertemuan mereka dengan beberapa platform utama di Singapura minggu ini.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended