00:00Sebenarnya, apabila kita berbincang mengenai belanjawan negara, ancaman nombor satu kepada kesejahteraan rakyat dan negara ini di masa akan datang ialah sebenarnya kadar keberhutangan yang sangat tinggi.
00:15Setakat Jun 2025, kadar hutang dalam negeri dan luar pesisir adalah sebanyak RM1.3 trillion, iaitu 64.7% daripada saiz ekonomi negara.
00:30Jumlah ini adalah terlalu hampir dengan siling 65% daripada KDNK, iaitu garis yang kita tak boleh langgar.
00:40Jika berlaku gangguan dalam tahun 2026, sama ada pertumbuhan ekonomi itu lebih perlahan seperti yang saya sebut,
00:48ataupun ada gangguan geopolitik yang melonjarkan harga minyak mentah ataupun harga komoditi seperti makanan,
00:56kerajaan akan berdepan dengan risiko bahawa hutang negara akan melebihi garis 65% daripada KDNK.
01:07Ini mungkin berlaku tahun depan.
01:10Ini tidak lagi termasuk jaminan-jaminan hutang yang diberikan oleh kerajaan bagi pihak agensi dan juga syarikat-syarikat milik kerajaan di bawah kawalan
01:21Menteri Kewangan Diperbadankan ataupun MKD, ataupun projek kerjasama awam swasta yang sebenarnya telah meningkat sebanyak 15 bilion dalam tahun 2023 dan 2024 sahaja.
01:36Setakat tahun 2024, jumlah jaminan kerajaan di luar penyata kewangan kerajaan, yang ini bagan selalu sebut dahulu sebagai off balance sheet financing,
01:48contingent liabilities adalah sebanyak 332.8 bilion dan jumlah ini bersamaan dengan 17.2% daripada saiz ekonomi kita.
02:02Kita tahu bahawa syarikat-syarikat ini, agensi-agensi ini perlu mengambil hutang kemudian dijamin oleh kerajaan kerana projek-projek infrastruktur atau projek yang mereka laksanakan itu
02:17tidak berupaya mendapatkan pembiayaan pada nilai komersial projek.
02:22Sebab itu kerajaan kena jamin.
02:24Jadi besar kemungkinan, semua jaminan hutang itu satu hari nanti akan terus ditanggung oleh kerajaan.
02:33Tak kisah kerajaan mana lah.
02:35Ini termasuklah contohnya jaminan kepada dana infra yang telah naik kepada 85 bilion.
02:43ICRL telah naik dalam tempoh dua tahun yang lepas kepada 50 bilion.
02:47PTPTN telah mencecah 41 bilion dan prasarana sebanyak 42 bilion.
02:54Maka gambaran sebenar kadar keberhutangan negara adalah dua peringkat, dua komponen.
03:01Komponen pertama ialah hutang yang diambil terus oleh kerajaan sebanyak 64.7% dan hampir siling daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
03:13Kemudian ada off balance sheet sebanyak 17.2% dari hutang yang dijamin oleh kerajaan bagi pihak agensi dan badan-badan kerajaan.
03:24Jadi sebenarnya hutang kerajaan adalah sebanyak 81.9% dari saiz ekonomi negara.
03:32Pada satu ketika, kita kata bahawa hutang semakin berkurang.
03:40Tapi kalau kita lihat kepada belanjawan, kita nampak belanjawan makin besar dan hutang itu nampak makin tinggi.
03:48Sebabnya ialah kerana walaupun kerajaan telah berjaya mengurangkan hutang dan perkara itu ada sedikit benarnya,
03:56hutang baru yang diterbitkan itu sebenarnya memang makin kurang setiap tahun.
04:01Tetapi oleh kerana jumlah bayaran khidmat hutang telah naik daripada 40.5 bilion tahun 2022,
04:10dia naik kepada 58.3 bilion untuk 2026.
04:16Maksudnya peningkatan sebanyak 17 bilion.
04:19Yang inilah yang menyebabkan jumlah hutang kita itu terus naik dari satu tahun ke satu tahun.
04:25Ini bersamaan dengan jumlah penjimatan daripada bantuan sosial dan subsidi yang makin berkurang itu,
04:34daripada 67 bilion tahun 2022 akan turun kepada 49 bilion bagi tahun 2026,
04:42iaitu pengurangan sebanyak 18 bilion.
04:45Maksudnya begini, sebelum Tuan Yang Dipertua jegil dekat saya,
04:48bahasa mudahnya begini, setelah kita melalui segala kesusahan dan kepayahan untuk kita rombak subsidi,
04:58untuk kita jajahkan balik perbelanjaan kerajaan,
05:02semua itu telah berlaku tetapi oleh kerana pengurusan hutang kita tidak dirombak dengan lebih menyeluruh,
05:10akhirnya kesemua penjimatan itu habis kita guna untuk bayar khidmat hutang yang naik sama banyak.
05:17Jimat 17-18 bilion, hutang bayar faedah naik 18 bilion, hangus begitu saja.
05:25Jadi saya nak kesimpulan dua.
05:27Pertama, pengurusan hutang kita tidak lagi boleh berjalan business as usual.
05:34Kita tidak boleh membuat rombakan-rombakan besar dalam perkara yang hanya menyentuh poket rakyat sahaja.
05:41Subsidi, perbelanjaan, bantuan.
05:44Tapi soal menguruskan hutang, macam mana unjuran hutang dibuat, macam mana hutang baru diterbitkan,
05:51bagaimana kita menguruskan belanja-belanja hutang ini, setakat ini selepas tiga tahun,
05:57ia hanya kekal di perbendaraan semata-mata tanpa penelitian dan perbahasan yang panjang.
06:04Baik oleh kementerian-kementerian lain atau baik oleh parlimen sendiri.
06:09Jadi, saya harap jawatan kuasa pilihan kewangan dan ekonomi selepas ini meneliti perkara-perkara ini
06:16supaya ia dapat kita bawa dan kita rungkai dengan lebih baik.
06:21Dan akhirnya, yang terakhirnya, kita perlu lebih terbuka untuk meneliti dan berbahas panjang mengenai kaedah
06:34bila mana ia melibatkan belanja kepada kerajaan yang melibatkan hutang ini,
06:41bagaimana hutang ini dirancang, diterbitkan,
06:43kerana kita tidak lagi boleh terima bahawa jawapan kepada soalan-soalan ini adalah di bawah bidang kuasa
06:51Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan semata-mata.
06:55Ia perlu dibuka kepada semua supaya jangan kita mengulangi selepas berempas pula selepas tiga tahun
07:03semua susah payah rakyat dan kerajaan itu akhirnya hanya ditelan untuk membayar kadar faedah yang lebih tinggi.
07:12Jadi saya ingat saya dah cuik ramai orang dan saya percaya Kementerian Kewangan perlu membentangkan dengan panjang lebar
07:20kerana itu satu perkara yang belum dibincangkan dengan mendalam di Dewan.
07:25Saya ucap terima kasih kepada Puan Yang Dipertua.
07:28Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Comments