00:00Pada tahun 2024, pinjaman kasah Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM197.5 billion, lebih rendah berbanding RM226.6 billion bagi tempoh yang sama pada 2023.
00:16Trend ini selaras dengan usaha konsolidasi fiskal yang menunjukkan pengurangan iaitu daripada 5.5% KDNK pada 2022 kepada 4.1% KDNK pada 2024 dan diunjuk terus berkurang kepada 3.8% KDNK pada tahun 2025.
00:39Ini selari dengan komitmen kerajaan bagi memastikan sasaran defisit fiskal di bawah kadar 3% daripada KDNK dan nisbah hutang kepada KDNK tidak melebihi 60% dapat dicapai dalam tempoh jangka sederhana di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal.
00:59Oleh itu, kadar peningkatan hutang telah menunjukkan tren pengurunan daripada 10.2% pada tahun 2022 kepada 6.4% pada 2024 dan dijangka terus berkurang kepada sekitar 6% pada 2025.
01:16Sehingga akhir Jun 2025, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM1.3 triliun berbanding akhir 2024 sebanyak RM1.25 triliun.
01:28Peningkatan ini disebabkan oleh keperluan kerajaan untuk membiayai defisit fiskal bagi menampung perbelanjaan pembangunan DE.
01:37Manakala jumlah liabiliti Kerajaan Persekutuan sehingga akhir Mac 2025 adalah sebanyak RM384.6 bilion berbanding RM388.8 bilion pada akhir 2024.
01:52Pinjaman kerajaan digunakan secara berhemat untuk membiayai projek-projek pembangunan strategik seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan serta program pelindungan sosial.
02:03Beberapa langkah kawalan sedang dilaksanakan dalam usaha menangani peningkatan paras hutang dan liabiliti.
02:11Antaranya meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur-ansur, memperluas asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan,
02:20mengoptimumkan perbelanjaan awam mengerusi pelaksanaan rasionalisasi subsidi dan badan berkanun,
02:26serta semakan semula perbelanjaan kerajaan secara menyeluruh.
02:31Pinjaman kerajaan hanya untuk membiayai projek dan program di bawah DE yang memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.
02:41Menetapkan hak pendedahan jaminan kewangan kepada 25% daripada KDNK melalui Akta 850
02:48supaya pendedahan kerajaan kepada jaminan kewangan sentiasa dikawal berdasarkan keupayaan kewangan dan ekonomi semasa.
02:57Mengutamakan projek berorientistasikan user pay melalui Plan Induk Kerjasama Awam Swasta PIKAS 2030
03:05bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan dan menyemak semula kaedah pelaksanaan projek secara off-budget
03:12dan hanya mempertimbangkan pelaksanaan projek pembangunan di bawah skop dan siling rancangan Malaysia 5 tahun.
03:19Selain itu, inisiatif strategik kerajaan seperti Plan Hala 7 Peralihan Tenaga Negara,
03:26Plan Induk Penindustrian Baharu 2030,
03:29Program Pengaktifan dan Pembaharuan Badan Berkaitan Kerajaan atau Gear Up,
03:35serta penambahbaikan dasar seperti pelarasan gaji minimum dijangka akan merangsang aktiviti ekonomi,
03:43mengukurkan hasil kerajaan dan mengurangkan pergantungan kepada pinjaman.
03:48Kerajaan turut komited dalam melaksanakan reformasi institusi untuk menyokong agenda pembangunan negara
03:54melalui pengubalan RUU perolehan kerajaan untuk menambah baik proses dan takdir urus perolehan kerajaan
04:02serta pengubalan akta berkaitan syarikat milik kerajaan SOE untuk memperkukuh takdir urus korporat,
04:09meningkatkan accountability dan mengoptimalkan prestasi SOE.
04:14Sekian, terima kasih.
04:15Terima kasih telah menonton!
Comments