Skip to playerSkip to main content
  • 17 hours ago
The government is open to considering Sabah and Sarawak’s request for greater economic development autonomy, but its implementation must align with the Federal Constitution and the Malaysia Agreement 1963 (MA63), said Deputy Economy Minister Datuk Hanifah Hajar Taib.

Responding to a question in the Dewan Rakyat on Wednesday (Oct 8), she said any move toward autonomy requires a formal proposal from the state governments and proof of their readiness to manage administrative, financial, human resource and governance responsibilities.

On efforts to bridge the development gap under the 13th Malaysia Plan (13MP), Hanifah said the focus will be on expanding rural roads, water and electricity access, education and healthcare facilities, and digital connectivity, guided by data and state priorities.

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan memahami cabaran yang dihadapi kawasan pedalaman termasuk di Sarawak, khususnya ketersediaan kemudahan asas dan prasarana yang masih terhad.
00:16Jurang pembangunan ini perlu ditangani secara berfokus bagi memastikan rakyat di pedalaman turut menikmati faedah pembangunan negara.
00:24Seiring dengan pendekatan ekonomi madani, pelaksanaan projek di bawah RMK13 akan menepukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan mengukuhkan takbir urus.
00:39Strategi ini akan diterjemahkan melalui projek-projek seperti perluasan jaringan jalan luar bandar, peningkatan akses air bersih, bekalan elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan serta perluasan liputan digital.
00:54Kelulusan ke atas permohonan projek pembangunan yang dikemukakan berasaskan kepada data dan keperluan rakyat serta diselaraskan secara bersama dengan mengambil kira keutamaan projek kerajaan negeri oleh semua kementerian berdasarkan keutamaan dan matlamat pembangunan negara seperti yang digariskan dalam RMK13.
01:16Kementerian ekonomi juga telah melaksanakan program jelajah jalinan Borneo sepanjang dua bulan yang lepas bagi menghebahkan RMK13.
01:28Melalui program dan sesi libat urus ini, kita telah menerima pelbagai cadangan daripada orang awam di peringkat tempatan mengenai keperluan sebenar rakyat terutamanya projek dan program yang kritikal untuk pembangunan penduduk setempat.
01:45Maklum balas ini akan dipanjangkan kepada semua kementerian yang berkaitan.
01:49Bagi memastikan strategik dan inisiatif RMK13 dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar, kerajaan sedang membangunkan sistem MyRMK bagi menambah baik proses pemantauan.
02:03Semua kementerian akan melaporkan pencapaian inisiatif RMK13 melalui sistem dalam talian tersebut setiap suku tahun.
02:12Pemantauan projek pula akan menggunakan sistem sedia ada iaitu MyProject.
02:16Status pelaksanaan projek akan dibentangkan dalam majlis dan jawatan kuasa tindakan pembangunan peringkat kementerian dan negeri menilai proses projek dan program sedia ada.
02:28Ini termasuk memberi perhatian projek yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan.
02:34Sekian terima kasih.
02:35Yang berhormat Baram soalan tambahan.
02:37Terima kasih Datuk Timbalan Speaker dan terima kasih juga kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup teliti dan kita harap bahawa prosedur ataupun SOP ini akan dapat meningkatkan ataupun mengurangkan jurang pembangunan di antara wilayah di negara kita.
03:02Soalan tambahan saya ialah kerjaan Sarawak dan Sabah memohon untuk diberi lebih autonomi berkenaan dengan perancangan ekonomi, pembangunan ekonomi.
03:18Saya mohon pandangan pendirian kerjaan medani berkenaan dengan permohonan untuk diberikan lebih autonomi ini kepada wilayah Sabah dan Sarawak.
03:33Terima kasih Datuk Speaker.
03:35Berhormat Menteri ekonomi.
03:37Terima kasih Yang Dipertua.
03:40Dari segi kepentingan otonomi, kerajaan memahami permintaan Sabah dan Sarawak untuk diberikan otonomi ini dalam merancangkan pembangunan ekonomi yang lebih rancak.
03:52Tetapi yang ini bukan semudahnya untuk dilaksanakan.
03:58Perlulah dari segi permulaannya adalah penyata hasrat daripada kerajaan Sabah dan Sarawak di mana autonomi yang diperlukan.
04:10Perlu dipastikan bahawa mampu untuk mengambil alih dengan sumber cabaran termasuk dari segi kewangan, dari segi petabik urus, dari segi sumber manusia dan lain-lain.
04:28Pihak antara yang telah diungkitkan telah dimaklumkan di bawah jawatan kuasa MA63 yang diperngusikan oleh YB Perdana Menteri dan sentiasa dibincang bersama dengan YB Premier serta YB Ketua Menteri Sabah.
04:48Untuk memastikan bahawa kita mengikuti dari segi selaras panduan dari segi Perlembagaan Pesekutuan dan dari segi yang juga panduan daripada Malaysian Agreement 1963.
05:09Maka bila insyaAllah dari segi apakah yang dapat dipersetujui dari segi autonomi akan dimaklumkan bila dia telah dipersetujui.
05:20Terima kasih.
05:21Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Pendang.
05:25Terima kasih.
05:26Sahabat saya Datuk Yang Dipertua.
05:30Saya terlalu fikir kebetulan tadi Yang Berhormat Tambun ada.
05:34Dia dah bangun. Tadi saya seronoklah.
05:36Sebab ini adalah perjuangan Yang Berhormat Tambun dahulu.
05:39Iaitu bagaimana nak imbangkan pendapatan jurang antara wilayah.
05:44Jurang antara wilayah ini.
05:45Jadi negeri-negeri miskin.
05:47Sekarang negeri miskin-miskin ini selalu disindih.
05:52Selalu dibuat sinikal, sinis.
05:54Tetapi apa perancangan federal, konsep federal dengan negeri untuk nak merancang.
06:00Bagi mengurangkan jurang antara wilayah-wilayah ini.
06:04Soalan saya begini.
06:06Memandangkan jurang pembangunan antara wilayah.
06:09Yang semakin ketara.
06:10Termasuk aspek jalan, sekolah, kemudahan kesihatan.
06:15Apakah jaminan kerajaan bahawa dalam RMK13 akan memberi keutamaan kepada wilayah yang masih ketinggalan.
06:23Agar tidak terus tercicir daripada arus pembangunan nasional.
06:27Tanpa memberi keutamaan kepada bandar-bandar besar yang dah maju sekarang ini.
06:33Dengan membelakangkan pembangunan kawasan pendalaman dan adakah mekanisme audit.
06:38Serta pelaporan awam akan mewujudkan untuk memantau pelaksanaannya.
06:43Saya ingat tadi yang amat berhormat tambunan dah saya senanglah.
06:47Sebab ini adalah intipati daripada perjuangan beliau.
06:51Dan mungkin sekarang ini beliau akan boleh nak balankan balik antara jurang.
06:55Antara negeri-negeri miskin dan negeri-negeri yang kaya yang mana boleh merapatkan KDNK ataupun GDP antara negeri-negeri yang dipandang sini sekarang ini.
07:04Yang Mohamad, Menteri.
07:07Terima kasih.
07:08Kerajaan sentiasa akan memastikan bahawa setiap strategi dan inisiatif dirangka dalam RMK13 diberikan keutamaan dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah.
07:22Bukan saja dari segi strategi yang pernah dimaklumkan cadangan dulu.
07:26Tetapi jika ada dari segi cadangan yang baru, kita akan memperlihatkan dengan lebih teliti bagaimana ia dapat memberikan gambaran sebenarnya.
07:38Kita terdapat empat strategi yang telah dirangkakan sekarang iaitu mempercepatkan pembangunan kawasan yang kurang membangun,
07:47mempertingkatkan pembangunan dan pengurusan bandar,
07:50mempertingkatkan kecekapan perancangan dan takbir urus pembangunan wilayah
07:54dan mempukukkan integrasi ekonomi.
07:57Selain itu, mekanisme pembangunan yang telus akan dilaksanakan termasuk pelaporan bekala
08:02dan seperti yang telah dimaklumkan tadi,
08:05memaklumkan dari segi fahaman tentang RMK13 dan sesi libat urus yang kita telah melaksanakan di kawasan tempatan pedalaman
08:17supaya kita mendengar sendiri adalah daripada suara rakyat sendiri.
08:21Sekian, terima kasih.
08:24Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended