00:00Jawapan ini kita memang faham dan ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana melaksanakan projek-projek di negeri-negeri.
00:12Akan tetapi perlu faham juga bahawa negeri-negeri memang hadapi sumber cukai yang terhad kerana perlembagaan
00:22dan penghutan cukai yang tidak mencukupi untuk kendalikan sebuah Kerajaan Negeri.
00:29Jadi soalan tambahan adalah Kerajaan Persekutuan akan semak semula Perlembagaan Malaysia untuk mengkongsikan hasil
00:40katakan 20% atau 30% on top of what we are getting now supaya dapat membantu negeri.
00:50Jika ya, bila semakan akan dibuat. Jika tidak, nyatakan mengapa.
00:56Menteri untuk menjawab.
01:26Pembahagian kuasa percukaian yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu ciri fundamental
01:33dalam struktur federalism Malaysia yang bertujuan mengwujudkan sebuah negara yang kukuh dari segi ekonomi
01:40dan pada masa yang sama bertujuan untuk memastikan pembangunan yang seimbang di antara wilayah dan negeri di Malaysia.
01:48Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan bahawa hasil cukai yang dikutip oleh Persekutuan
01:53diagihkan semula kepada semua negeri termasuk negeri-negeri yang mempunyai sumber ekonomi terhad
01:59melalui pemberian tahunan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
02:04dan juga melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri
02:10yang dibiayai melalui anggaran perbelanjaan pembangunan DE yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.
02:17Jadi pada masa sekarang kita akan kekalkan kaedah ini.
02:21Sekian terima kasih.
Comments