Tindakan pantas pasukan peronda lebuh raya (EMPV) memintas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mencurigakan membongkar cubaan menyeludup lebih 385 kilogram (kg) dadah dalam satu kejadian di Slim River, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, anggota EMPV Zon Utara 4, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang menjalankan rondaan sebelum mengesan MPV jenis Honda Stream dipandu laju di Kilometer 375 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.
00:00Suspek telah cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan tersebut dan berlaku kejar-mengejar sejauh lebih kurang 2km daripada tempat pertama tadi.
00:15Kenderaan tersebut kemudiannya berhenti dan dua suspek terus melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran.
00:24Pemersiaan yang dijalankan terhadap kenderaan tersebut telah menjumpai 15 guni yang mengandungi dadah disyaki jenis metapetamin, anggaran berat 374 kg.
00:41Satu bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi dadah disyaki jenis heroin base, anggaran berat 11.28 kg.
00:52Nilai pasaran dadah yang dijumpai dianggarkan hampir 13 juta or to be exact 12.9 million.
Be the first to comment