Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menjangkakan tiada sebarang akses komunikasi dapat dilakukan dengan semua delegasi Malaysia dalam misi gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) untuk tempoh sehingga 24 jam, susulan pemintasan kapal oleh tentera Israel, lapor wartawan Sinar Harian, Nurhidayah Hairom.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar menjelaskan bahawa lebih 15 jam diperlukan untuk membawa semua bot dari lokasi pintasan ke daratan.
Be the first to comment