Skip to playerSkip to main content
Kampung Sungai Baru tidak pernah diwarta sebagai MAS atau tanah rizab Melayu

Kampung Sungai Baru tidak pernah diwartakan sebagai kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS) atau tanah rizab Melayu berdasarkan semakan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata demikian semasa sesi penerangan di Dewan Rakyat hari ini susulan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan sebenar Kampung Sungai Baru dalam kawasan MAS.

#SinarHarian #Beritasemasa #KampungSungaiBaru #DewanRakyat
Transcript
00:00Ada beberapa keliruan yang saya akan jelaskan kepada Dewan Yang Mulia ini dan kekeliruan pertama adalah tentang persoalan sama ada kampung Sungai Baru terletak dalam kawasan emas ataupun tidak.
00:12Dan saya dapati ada pihak terutamanya orang awam yang masih tidak dapat membezakan antara kampung baru dan kampung Sungai Baru.
00:20Sejarahnya, tapak kampung Sungai Baru ini terbentuk pada tahun 1967 iaitu tujuh tahun sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Persekutuan
00:31di mana Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu menjajah dan meluruskan Sungai Kelang yang terletak bersebelahan di kawasan tanah emas yang mengatasi masalah aibah di kawasan tersebut.
00:43Pengalihan laluan Sungai Kelang ini melibatkan kawasan di sebelah kanan Sungai Kelang.
00:53Saya harap ini dapat memberikan ilustrasi yang lebih tepat.
00:58Dari hulu Sungai Kehili.
01:01Setelah sungai tersebut diluruskan, itu garisan merah itu, mana sungai kemudian diluruskan.
01:07Maka wujudlah tanah baru yang dianggarkan seluas lebih kurang 16 eka.
01:13Yang itu pink kemudian yang merah itu.
01:17Tanah baru inilah yang dinamakan kampung Sungai Baru.
01:21Tetapi tidak termasuk di dalam kawasan Rizat Mas yang seluas 219.91 eka.
01:28Yang seperti saya sebut tadi, di awalnya.
01:30Tanah ini kemudiannya dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS bertujuan untuk menambah penempatan orang Melayu di sekitar kampung baru.
01:42Namun, tiada rekod rasmi yang menunjukkan tanah tersebut adalah tanah emas atau Rizat Melayu.
01:49Walaupun perkara ini ada disebut.
01:51Kalau siapa yang membaca, oleh Tan Sri Amri Buang yang merupakan ahli Dewan Diraja Selangor dan juga bekas pengurusi Perbadanan Kampung Baru.
01:59Saya mohon maaf kerana tidak boleh terus mengulas panjang tentang isu ini memandangkan isu ini masih lagi di dalam proses pengurusan kes di mahkamah.
02:09Cuma apa yang saya boleh katakan adalah berdasarkan semakan PTG WPKL, pejabat Tanah dan Galian,
02:17Tanah tersebut tidak pernah diwartakan sebagai kawasan emas atau tanah Rizat Melayu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended