Skip to playerSkip to main content
Tangkap tedung selar 5 meter dalam masa 10 saat

Seorang lelaki hanya mengambil masa 10 saat untuk menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lima meter seberat 12 kilogram (kg) yang bersembunyi di dalam sebuah peti buruk di Kampung Sungai Embak, Kuala Krai pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Mohd Hamdan Mahadi yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja menangkap ular itu berkata, dia menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran reptilia berkenaan pada jam 9.30 pagi dan terus ke lokasi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/751636/edisi/kelantan/10-saat-jinak-tedung-selar-sepanjang-5-meter

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TedungSelar #Ular #KualaKrai
Transcript
00:00Seorang lelaki hanya mengambil masa 10 saat untuk menangkap seekor ular tedunsela sepanjang 5 meter seberat 12 kilogram yang bersembunyi di dalam sebuah peti buruk di kampung Sungai Embak di Kuala Gerai pada Khamis.
00:14Muhammad Hamdan Mahadi yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja menangkap ular itu berkata,
00:19dia menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai kehadiran reptilia berkenaan pada jam 9.30 pagi dan terus ke lokasi.
00:26Berbegakan pengalaman, Muhammad Hamdan hanya mengambil masa 10 saat untuk menangkap ular sepanjang 5 meter itu.
00:34Menurut beliau yang merupakan pengerusi pasukan khas Kobra Malaysia,
00:38semasa tiba ular berkenaan berada dalam sebuah peti sejuk buruk yang terletak di belakang rumah penduduk.
00:43Ular berkenaan kemudian dilepaskan ke kawasan habitat asal yang jauh daripada penduduk.
00:49Sementara itu, Hamdan turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa membersihkan kawasan halaman rumah
00:55bagi mengelakkan kehadiran haiwan berkenaan.
00:58Kerana cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan ular menjadikan kawasan kita mempenduduk untuk dihuni.
01:03Terima kasih kerana menonton!
01:04Terima kasih kerana menonton!
01:06Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended