Syarikat bot penumpang boleh mohon SKPS mulai esok - Fuziah
Permohonan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) bagi syarikat bot penumpang dibuka mulai esok, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata buat masa ini, mekanisme penyaluran subsidi RON95 untuk syarikat bot penumpang diberikan secara bayaran balik tunai, sebelum kaedah penyaluran subsidi dan penetapan kuota kepada sektor itu dimuktamadkan akhir bulan ini.
Be the first to comment