Skip to playerSkip to main content
Kerajaan nafi terlibat pilih pemaju pembangunan Kampung Sg Baru – Dr Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan tidak terlibat dan campur tangan dalam pemilihan pemajuk projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebaliknya penduduk sendiri.

#SinarHarian #Beritasemasa #KampungSungaiBaru #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kemudian persoalan kedua, yang sering dibangkitkan adalah mengenai pemilihan pemaju.
00:06Ramai di luar sana, bahkan ada setengah ahli Dewan Rakyat juga, saya lihat kelihatan dan terusan mengatakan bahawa kerajaan yang terlibat dalam pemilihan pemaju.
00:16Untuk maklumat yang dipertua dan ahli-ahli yang berhormat, penduduklah yang sebenarnya bersetuju sendiri mencari, memilih dan melantik pemaju yang mereka inginkan tanpa ada campur tangan daripada kerajaan.
00:30Penduduk yang bersetuju untuk membangunkan semula kampung Sungai Baru telah menubuhkan sebuah persatuan pada tahun 2010 dan persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru sebagai usaha untuk menggerakkan pembangunan semula kawasan tersebut yang melibatkan 328 unit hartanah iaitu 294 unit flat dan 64 lagi unit teras.
00:56Persatuan tersebut juga telah menandatangani Memorandum Persahaman antara MU dengan syarikat Rizi Gloss yang kemudiannya diambil oleh Swiss Capital pada tahun 2016.
01:07Ada juga yang membangkitkan bahawa syarikat tersebut adalah daripada Singapura tetapi yang dipertua simakkan dengan SSM menunjukkan sebaliknya.
01:17Iaitu tuduhan tersebut tidak berasas kerana didapati pemirkan syarikat tersebut adalah 100% warga negara Malaysia.
01:23Ahli-ahli yang berhormat sendiri saya kira boleh membuat simakan ataupun membuat carian di SSM.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended