Skip to playerSkip to main content
  • 3 months ago
Ketua Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi yang berada di Sumud Nusantara Command Center, Ada perkembangan terbaharu.

Sebentar tadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan, menyatakan beberapa pendirian dan tindakan Malaysia.
Transcript
00:00Ketua Editor Media Sosial Esra Awani Hilal Azmi yang kini berada di Sumut Nusantara Command Center ada perkembangan terbaru.
00:09Dan sementara tadi Hilal, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengadakan lawatan menyatakan beberapa pendirian dan tindakan Malaysia.
00:18Terus kita bersama dengan Hilal dengan laporannya. Silakan Hilal.
00:21Okey baik, Pia terima kasih dan sementara tadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Sumut Nusantara Command Center.
00:34Beliau yang juga memberikan idea kepada Sumut Nusantara ini sebelum ini.
00:42Yang beliau memberitahu, beliau dibawa masuk, beliau diberitahu tentang perkembangan-perkembangan terkini.
00:50Dan beliau juga diberi peluang untuk bersama-sama dengan 34 peserta Malaysia yang mengikuti Sumut Nusantara, Global Sumut Flotilla.
01:00Yang mereka juga bersama-sama memberikan pandangan mereka dan bertukar-tukar fikiran berkaitan dengan misi pada ketika ini.
01:08Dan kita tahu mereka sudah pun mula memasuki Zon Kuning dan akan mula memasuki Zon Merah kira-kira lebih kurang 24 jam dari sekarang.
01:16Tetapi dalam masa sama, kita tahu bahawa misi ini pasti ada risikonya.
01:23Dan di pihak Malaysia, Perdana Menteri juga ditanyakan tentang apakah pendirian Malaysia dan apakah tindakan yang akan dibuat oleh beliau dan kerajaan Malaysia
01:32sekiranya peserta-peserta ini disekat maupun dikacau oleh Tentera Israel.
01:40Kita ikuti apa kata Perdana Menteri sebentar tadi.
01:42Kita akan memulakan bantahan secara yang keras menyeluruh dan saya akan hubungi sedaya upaya saya semua rakan-rakan termasuk negeri-negeri yang telah mengemukakan usul di bawah ini.
01:57Selain daripada yang penting, Itali, Spanyol dan Turki yang kedepan, yang dukungan negara China juga.
02:08Kemudian kita lihat keupayaan ikhtiar yang dikemukakan oleh Perancis dan Arab Saudi yang juga kita hubungi kerana mereka mahu usulkan perdamaian.
02:21Dan tentunya saya harap pertemuan dengan Presiden Donald Trump kerana ini dikemuncaknya kerana kalau ada penyelesaian yang agak berkesan walaupun tidak sepenuhnya memuaskan kita
02:36tetapi yang kita minta yang awal sekali hentikan serangan ganas ke atas Gaza-Palestin, jamin kemerdekaan mereka sebagai negara yang berdaulat
02:48kemudian segerakan bantuan kemanusiaan, perubatan ke Palesti khususnya Gaza.
02:58Dan ini bagi saya ada mengapa kita katakan hubungan dengan negara, barat juga, Arab, rantau itu penting termasuk Amerika Syarikat.
03:12Dan sebentar tadi juga Perdana Menteri turut memuji ketika mana beliau bersama dengan Kasmo 34, peserta Global Sumut Flotilla dari Malaysia,
03:27beliau memuji semangat dan juga usaha yang telah digerakkan.
03:31Dan bagi beliau, ini adalah salah satu daripada semangat yang turut sama dikongsikan.
03:38Sokongan moral inilah yang juga turut dipinjamkan ke seluruh dunia langsung menjadikan gelombang di media sosial,
03:45gelombang politik di PBB dan sebagainya turut sama kini mula mendapat perhatian.
03:50Dan pada masa sama beliau memberitahu, turut menegaskan bahawasanya pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat
03:57yang dijadualkan akan berlangsung beberapa minggu lagi adalah sangat penting kerana itu ada elemen rasa tanggungjawab pada pandangan beliau.
04:06Kita dengarkan ini kata beliau sebentar tadi.
04:09Perkembangan terkini sedikit saya beritahu bahawa ada rundingan sebab itu saya kata pertemuan dengan Presiden Trump itu penting
04:16walaupun di sini ada sedikit kontroversi tapi mesti ada orang sampaikan dan ada rakan-rakan lain sampaikan
04:25tapi saya fikir saya juga bertanggungjawab untuk sampaikan pandangan kita tentang penyelesaian yang adil.
04:32Mudah-mudahan dalam tempoh 2-3 hari ini dunia akan dapat berita yang jauh lebih baik.
04:39Tidak penyelesaian utamat, tidak keadilan utamat tetapi satu permulaan,
04:44hentikan serangan dan beri saluran bantuan kemanusiaan kepada rakan-rakan dan keluarga kita di Gaza dan Palestine.
04:53Terima kasih kerana menonton!
05:23Terima kasih kerana menonton!
05:25Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended