Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Gabenor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat bagi beberapa kawasan di selatan California yang dilanda ribut pada musim cuti paling kuat dalam tempoh beberapa tahun
Transcript
00:00Baik, Governor California Gavin Newsom mengisytiharkan darurat bagi beberapa kawasan di selatan California yang dilanda ribut pada musim cuti paling kuat dalam tempoh beberapa tahun.
00:11Perisytiharan darurat itu dikuatkuasakan di daerah Los Angeles, Orange, Riverside, San Bernardino, San Diego dan Shasta.
00:18Beberapa jalan utama di seluruh selatan California ditutup akibat banjir atau aliran lumpur manakala arahan pemindahan dikeluarkan bagi beberapa komuniti yang terjejas oleh cuaca buruk itu.
00:33Ribuan penduduk Los Angeles dilaporkan terputus bekalan elektrik ketika ribut melanda wilayah berkenaan.
00:38Beliau menambah siri fenomena sungai atmosfera telah membawa hujan berintensiti tinggi dan angin kencang ke seluruh negeri di kawasan tanah yang sudah tepu sekaligus meningkatkan risiko banjir, tanah runtuh, aliran serpihan serta kenaikan paras anak sungai dan sungai dengan cepat.
00:56Beliau menambah kawasan yang baru terbakar di selatan California berdepan ancaman lebih tinggi kejadian aliran lumpur dan serpihan berikutan hujan lebat yang berterusan.
01:05Datuk bandar Los Angeles Karen Bass turut mengisytiharkan darurat tempatan bagi memastikan bandar itu mempunyai sumber mencukupi dalam beberapa hari akan datang.
01:16Amaran meluas banjir mendadak turut dikeluarkan di seluruh selatan California.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended