Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh Begum Khaleda Zia serta waris politiknya, Tarique Rahman, kembali pulang ke negara itu dari Britain selepas 17 tahun hidup dalam buangan
Transcript
00:00Baik, anak kepada bekas Perdana Menteri Bangladesh, Begum Khalidazia serta waris politiknya Tariq Rahman kembali pulang ke negara itu dari Britain selepas 17 tahun hidup dalam buangan.
00:12Media tempatan melaporkan Tariq meninggalkan London pada Rabu malam menaiki penerbangan biasa BIMAN Bangladesh Airlines sebelum tiba di lapangan terbang antarabangsa Hazrat Shah Jalal, Dakar pada jam 11.40 pagi waktu tempatan.
00:25Pemimpin berusia 60 tahun itu diiringi istrinya Zubaida dan anak perempuan mereka Zaima.
00:33Parti Nasionalis Bangladesh BNP yang dipimpinnya tidak mengumumkan sebarang perhimpunan besar-besaran pada hari keperlulangannya.
00:42Beliau dijangka menyampaikan ucapan pada satu acara awam ketika dalam perjalanan ke Hospital Evercare di Dakar untuk menziarahi ibunya yang uzur.
00:51Pegawai BNP berkata ini bukan perhimpunan awam atau program sambutan rasmi.
00:56Ia hanyalah satu acara bagi beliau menyatakan penghargaan tulus kepada rakyat serta memohon doa untuk kesejahteraan Begum Khalidazia dan semua warga negara.
01:06Menurut Agensi Berita Bangladesh Sangbat Sangsta, Tariq mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Penasihat Kerajaan Interim Muhammad Yunus sejurus ketibaannya dan mengucapkan terima kasih atas pengaturan keselamatan serta acara kepulangannya.
01:20Tariq merupakan anak sulung kepada Khalidah yang pernah dua penggal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Bangladesh serta pengasas BNP Awayarham Ziaur Rahman.
01:29Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended