Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kerajaan Persekutuan terus komited memacu kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta pewujudan peluang pekerjaan baharu
Transcript
00:00Bertemu kembali, Kerajaan Persekutuan terus komited memacu kesejahteraan rakyat Sarawak melalui pelaburan strategik, pembangunan ekonomi inklusif serta perwujudan peluang pekerjaan baru.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen penuh turut diberikan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 selain pengurusan sumber minyak dan gas yang adil bagi memastikan manfaat ekonomi dapat disalurkan secara langsung kepada rakyat.
00:27Menurutnya, setiap inisiatif dirancang dan dilaksanakan untuk membina Sarawak yang lebih maju, mempan dan sejahtera demi manfaat hari ini dan untuk generasi akan datang.
00:39Perdana Menteri berkata, antara kejayaan Kerajaan Madani untuk Sarawak tahun ini ialah pembangunan strategik, pelaburan berkualiti dan peluang pekerjaan baru bagi memacu masa depan Sarawak sebagai kuasa ekonomi Malaysia.
00:51Anwar berkata, Sarawak dikenalpasti sebagai antara fokus utama pembangunan nasional menerusi lawatan berkala beliau ke Kuching, Bintulu dan Miri.
01:02Selain itu, pemerintah rayaan Memorandum Persefahaman Pelaburan Global serta pengumuman projek strategik melibatkan sektor tenaga dan industri berat.
01:10Perkembangan itu menyaksikan ekonomi tenaga hijau Sarawak terus berkembang dengan pelaksanaan projek solar terapung batang air bernilai RM184 juta
01:19di samping kemasukan pelaburan dari Jepun, Korea Selatan dan Eropah dalam bidang hidrogen hijau.
01:26Beliau berkata pelaburan dalam sektor logistik antarabangsa, pusat data dan kecerdasan buatan AI turut memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai pintu masuk pelaburan hijau Asia Pasifik.
01:36Anwar berkata dalam sektor minyak dan gas, peranan Petros diperkukuh dengan kerjasama strategik bersama Petronas
01:44sekaligus membuka ruang kepada penerokaan baru, pembangunan gas serta perkongsian hasil yang lebih jelas bagi meningkatkan perolehan negeri.
01:52Selain itu, usaha memperkasakan hak dan otonomi Sarawak melalui MA63 juga terus dipercepatkan menerusi rundingan kedua-dua kerajaan.
02:01Ia termasuk penyusunan semula kuasa bidang pendidikan dan kesihatan serta peningkatan peruntukan khas kepada negeri
02:08selain meningkatkan peruntukan untuk Sarawak serta mengiktiraf Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia.
02:16Secara keseluruhannya, Anwar berkata Sarawak kini semakin maju di bawah kerajaan madani di bawah slogan Sarawak makmur, Malaysia Sejahtera.
02:24Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended