00:00Kita mulakan dengan berita ini di mana Taufan Bualoi yang melanda kawasan tengah Vietnam pada Isnin sehingga memaksa hampir 30,000 orang dipindahkan ke kawasan selamat.
00:10Perdana Menteri Vietnam, Pak Min Chin mengarahkan supaya mobilasi pasukan keselamatan untuk bertindak pantas bagi memastikan tiada lagi nyawa yang terkorban.
00:22Arahan tegas itu diberikan susulan Taufan Bualoi telah mengorbankan sembilan mangsa dan 17 orang masih hilang.
00:30Banyak kawasan mengalami kerosakan teruk seperti rumah, banjir tanaman dan gangguan bekalan elektrik kepada lebih 347,000 kediaman.
00:38Operasi perniagaan termasuk hotel dan restoran serta tempat pelancongan di sekitar zon berisiko telah ditutup bagi memudahkan evakuasi penduduk.
00:47Kerajaan juga telah menutup operasi di empat lapangan terbang di wilayah Pantai Tengah dan membatalkan banyak penerbangan sebagai langkah keselamatan.
00:55Rakyat Vietnam dan pihak berkuasa kini menghadapi cabaran pemulihan seperti operasi membersihkan runtuhan, memperbaiki infrastruktur serta memastikan bantuan sampai kepada mangsa.
Be the first to comment