Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Pharmaniaga Berhad melalui anak syarikatnya, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan N.H. Development Sdn Bhd bagi pembelian sebuah fasiliti industri dan pejabat di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dengan nilai keseluruhan RM30 juta.
Transcript
00:00Farma Niaga Berhad menerusi anak syarikatnya Farma Niaga Logistik Sendirian Berhad
00:05telah memeterai perjanjian jual-beli dengan NH Development Sendirian Berhad
00:10bagi memperoleh sebuah kilang dan pejabat di seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
00:14pada nilai RM30 juta.
00:17Premis berkenaan merangkumi kilang berkembas tingkat
00:20dan pejabat dua tingkat di atas tanah pegangan bebas
00:23seluas 10,919 meter persegi.
00:27Menurut Farma Niaga, mereka telah membayar deposit sebanyak 10%,
00:31iaitu RM3 juta yang merangkumi deposit cagaran RM900,000
00:36dan baki 2.1 juta.
00:39Baki RM27 juta akan dilunaskan secara ansuran
00:42mengikut syarat dalam Perjanjian Jual-Beli SBA
00:46manakala penyerahan milikan kosong dijangka dalam tempoh 18 bulan.
00:52Bagaimanapun, kerja pengubahsuaian hanya boleh dimulakan pada 9 Januari 2026
00:56selepas syarat pembayaran dan sijil perakuan siap
01:00serta pematuhan diperoleh.
01:03Farma Niaga menjelaskan pembelian itu sejajar dengan komitmen syarikat
01:06kepada Kementerian Kesihatan bagi memperluas kapasiti logistik
01:10dan pengedaran di utara tanah air.
01:13Pembelian ini dibiayai melalui pelan penyusunan semula
01:16dan tidak dijangka memberi kesan ketara terhadap
01:19kewangan kumpulan bagi tahun berakhir, 31 Disember 2025.
01:23Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended