00:00Sistem komunikasi radio dan internet bersepadu bergerak bukan sahaja menjadi talian hayat ketika bencana,
00:07malah berfungsi menyokong inisiatif kerajaan memperkukuh jaringan digital masyarakat luar bandar.
00:14Menyokong Pusat Sebaran Maklumat Nasional, Prime, menyediakan capaian internet bergerak
00:18serta siaran maklumat di lokasi pedalaman yang biasanya berdepan kekangan liputan telekomunikasi
00:24menurut penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
00:30Dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fakmi Fakzil pada 16 Jun lalu,
00:34Prime Inisiatif Strategi untuk menyediakan kemudahan komunikasi modern khusus di kawasan terjejas
00:40akibat bencana alam, zon kecemasan atau lokasi tanpa infrastruktur komunikasi sedia ada, terutama di luar bandar.
00:48Inisiatif oleh SKMM itu turut membantu agensi pengurusan bencana negara
00:52dan agensi lain memastikan operasi bencana dapat dijalankan dengan capaian komunikasi yang lebih baik.
00:58Sistem Prime menggabungkan pelbagai teknologi modern untuk menjamin capaian komunikasi menyeluruh,
01:05antaranya komunikasi satelit bagi kawasan tiada liputan selular.
01:10Selain itu, rangkaian selular mudah alih yang boleh digerakkan ke lokasi bencana,
01:14radio dua hala untuk kegunaan pasukan operasi di lapangan,
01:18wifi hotspot bagi menyediakan akses internet pantas,
01:21selain drone untuk memperluaskan liputan dan menyampaikan maklumat terus dari lokasi kejadian.
01:26Hai liizati, FNT!