00:00Dua penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sersen Seremban pada selasa atas pertuduhan berasingan merogol remaja perempuan bawah umur pada Julai dan Ogos lalu.
00:09Tertuduh, Muhammad Zulhakimi Zulhilmi, 19 tahun dan S. Kartikin, 19 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
00:20Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulhakimi didakwa telah merogol remaja perempuan berusia 16 tahun 6 bulan lebih kurang jam 3.30 hingga pukul 4 pagi di sebuah rumah di Taman Kemuning Seremban pada 30 Ogos lalu.
00:33Kartikin pula didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di dalam sebuah kereta di Taman Permainan dekat Taman Mulik Gemas di Tampin lebih kurang jam 8 hingga pukul 9 malam Julai lalu.
00:46Berikutan itu, kedua-dua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 Kurungan 1 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
00:59Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Oktober depan.
Comments