00:00Taktik licik cubaan menyeluduk masuk buangan terjadual dengan mengisytiharkannya sebagai barangan industri terbongkar apabila kira-kira 125 ton iwis disita dalam pemeriksaan melibatkan 5 kontainer di Pelabuhan Barat Pelabuhan Kelang pada Selasa.
00:17Rampasan itu dilakukan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, AKPS, hasil pemeriksaan di tapak gudang CFS-4, Pelabuhan Kelang Barat, sekitar jam 10.30 pagi.
00:31Komanda AKPS Pelabuhan Kelang, Datuk Nik Ezani Muhammad Faisal berkata, pemeriksaan mendapati ke semua kontainer terbabit membawa pelbagai jenis buangan yang dilarang dibawa masuk ke negara ini.
00:45Dua kontainer didapati mengandungi buangan terjadual melibatkan barangan elektronik terpakai seperti pencetak, komputer meja, unit pemprosesan pusat CPU serta peralatan komputer yang telah dihancurkan.
01:00Dua lagi kontainer membawa buangan terjadual SW422 iaitu kabel wayar yang telah dihancurkan manakala satu kontainer mengandungi sampah industri atau komersial.
01:12Beliau berkata siasatan lanjut mendapati dagangan terbabit dibawa masuk ke negara ini dalam tempoh berbeza, melibatkan tahun 2024, 2025 dan yang terbaharu pada 24 Januari 2026.
01:28Menurutnya, kesemua kontainer terbabit dipercayai menggunakan kaedah pemalsuan pengiktiraran dagangan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
01:37Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati sebuah kontainer tidak tersenarai dalam sistem maklumat kastam sekaligus menunjukkan kontainer berkenaan tidak pernah diikrar untuk masuk ke Malaysia.
Comments