Skip to playerSkip to main content
Jadual pentauliahan Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) dipinda ke Disember 2026 manakala LCS 2 pula pada Ogos tahun hadapan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia berdasarkan maklum balas oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang dikemukan kepada pasukan projek.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765835/berita/nasional/pentaulihan-lcs-1-dipinda-disember-2026-lcs-2-ogos-tahun-hadapan---mohamed-khaled

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #LCS1 #LCS2 #LUNAS #Parlimen #sidangdewanrakyat #KhaledNordin
Transcript
00:00Kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan keseluruhan projek LCS telah mencapai 75.75% sebenar, berbanding ikut perancangan sepatutnya 81.57%.
00:20Khusus bagi kapal LCS-1, kemajuan semasa adalah 82.90% sebenar, berbanding 96.52% dirancang.
00:37Kemajuan projek ini meliputi pembinaan struktur kapal, pemasangan peralatan utama dan integrasi sistem-sistem kapal.
00:48Walaupun terdapat kelewatan berbanding jadual asal, Kementerian dimaklumkan oleh pihak LUNAS bahawa kapal LCS-1 telah berjaya diluncurkan ke air dan kini berada dalam fasa pemasangan serta integrasi sistem utama kapal.
01:08Fasa ujian laut bagi kapal LCS-1 di peringkat limbungan telah bermula sejak 20 Januari 2026.
01:18dan seterusnya akan memulakan First Sea Going pada 28 Januari 2026 bagi tujuan yang meliputi pengujian sistem jentera, jana kuasa, sistem penghawa dingin dan propulsion system.
01:38Ini adalah proses pemulaan bagi memastikan kapal LCS-1 berkeupayaan untuk belayar di lautan.
01:48Manakala persediaan platform dan peralatan sedanggiat dilaksanakan untuk membolehkan sitral penuh dimulakan pada awal April 2026.
02:00Berdasarkan maklum balas oleh LUNAS yang dikemukakan kepada pasokan projek, jadual pentauliahan kapal LCS-1 dipindah ke bulan Desember 2026, maknanya memang ada lewat 4 bulan.
02:17Manakala bagi kapal LCS-2 pula dipindah ke Ogos 2027.
02:22Bagi kapal-kapal berikutnya pula, pentauliahan LCS-3 kekal pada Desember 2027, LCS-4 pada Ogos 2028 dan LCS-5 pada April 2029.
02:41Tuan Yang Di-Pertua, dari segi kos, nilai keseluruhan kontrak projek LCS adalah sebanyak RM11.2 bilion untuk kelima-lima buah kapal
02:53dengan perbelanjaan semasa berjumlah RM8.3 bilion atau lebih kurang 74% daripada jumlah keseluruhan.
03:04Dalam memastikan ketelusan dan kawal selia yang berterusan, Kementerian Tahanan telah mengujudkan pelbagai platform pemantauan seperti projek manajemen review, projek monitoring community
03:18serta jatangkuasa teknikal yang bersidang secara berkala dengan penglibatan menyeluruh TLDM sebagai end user dan pihak LUNAS.
03:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended