Skip to playerSkip to main content
RON95: KPDN perkenal peraturan baharu April ini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan peraturan baharu di bawah Seksyen 6, Akta Kawalan Bekalan 1961 yang melarang 'pembelian' RON95 bersubsidi oleh kenderaan berpendaftaran asing.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peraturan baharu ini disasarkan akan siap dan boleh berkuat kuasa pada 1 April 2026.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765840/berita/nasional/ron95-kpdn-perkenal-peraturan-baharu-april-ini-sekat-pembelian-kereta-berpendaftaran-asing

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #KPDN ##sekatpembeliankeretapendaftaranasing #ron95 #perkenalperaturanbaharu
Transcript
00:00Pertama, penyasaran subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah terkait dengan bahan api RON95 ini merupakan salah satu bentuk apa yang dengan izin boleh disebutkan sebagai leakages, risk management, pengurusan risiko ketirisan.
00:18Ruang itu masih ada tetapi kita cuba untuk tutup ruangnya. Jadi kalau terkait dengan isu yang juga berbangkit tentang ketirisan di kawasan sempadan khususnya di stesen-stesen minyak yang terbaru berlaku di Johor,
00:35untuk makluman pendekatan terbaru yang akan dilaksanakan oleh KPDN adalah untuk memperkenalkan satu peraturan baru di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang akan membuat larangan terhadap pembelian RON95 di stesen-stesen minyak.
00:56Ini kerana kerangka perundangan sedia ada iaitu di bawah Peraturan 12A yang di bawah juga dikeluarkan di bawah Seksyen Akta Kawalan Bekalan 1961 ini hanya melibatkan larangan terhadap penjualan.
01:14Maksudnya tindakan hanya boleh diambil terhadap stesen minyak dan bukannya kepada pemilik ataupun pembeli yang menggunakan pendaftaran kenderaan warga asing.
01:27Jadi melalui peraturan baru yang sedang kita rangka ini di bawah Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan ini, larangan itu akan bukan hanya melibatkan penjualan tetapi juga pembelian.
01:41Maksudnya mereka yang membeli pemilik ataupun pemandu yang menggunakan kenderaan pendaftaran asing juga boleh dikenakan tindakan.
01:51Dan kita mensasarkan bahawa peraturan baru ini akan dapat kita muktamatkan, dapat dikuatkuasakan bermula 1 April 2026.
02:01Kita sedang melaksanakan sesi libat urus bersama stakeholders termasuklah bersama JPJ dan juga agensi sepadan untuk kita tampil dengan SOP pengatkuasan dan dimasukkan ke dalam sistem mereka.
Comments

Recommended