Skip to playerSkip to main content
Peruntukan sebanyak RM15 bilion yang disediakan kerajaan untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding hanya RM8 bilion pada 2022.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765861/berita/nasional/rm15-bilion-diperuntuk-untuk-sara-dan-str-meningkat-rm8-bilion-pada-2022

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #sara #str #LeiwChinTong
Transcript
00:00Untuk maklumat yang berhormat, program sumbangan asas RAMA atau SARA merupakan bantuan yang diberikan secara tanpa tunai dalam bentuk kredit melalui kad pengelalan MyCard
00:10yang boleh digunakan di kedai-kedai terpilih yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA bagi membeli barangan keperluan asas.
00:20Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dan memastikan bantuan-bantuan benar-benar dimanfaatkan bagi tujuan dinyatakan dan seterusnya memanfaatkan golongan sasak ditetapkan.
00:36Peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial.
00:46Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2022.
01:00Bantuan kewangan ini, khususnya SARA yang bermula pada tahun 2023, merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos SARA hidup.
01:13Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasak.
01:20Jumlah rakan niaga SARA sehingga 26 hari bulan, Januari 2026, telah meningkat kepada 10,447 buah kedai di seru negara berbanding 700 buah kedai pada tahun 2024.
01:36Dan bilangan ini akan terus bertambah dari masa ke semasa.
01:41Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai korporasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan juga pendalaman untuk memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini.
01:57Untuk negeri Sarawak sahaja, terdapat 1096 premis telah didaftarkan sebagai rakan niaga SARA.
02:05Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended