00:00Kerajaan Johor menegaskan tidak pernah dan tidak akan menawarkan subsidi atau rumah percuma kepada warga asing termasuk warga negara Singapura.
00:09Exko Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Muhammad Jafni Matsyukur berkata,
00:14kerajaan sudah menetapkan harga lantai sebanyak RM1 juta bagi pembelian rumah oleh warga asing.
00:20Jelasnya, polisi ini bertujuan melindungi kepentingan rakyat tempatan dan memastikan rumah mampu milik diutamakan untuk rakyat Johor.
00:30Tegas beliau, laporan yang kononnya terdapat tawaran rumah percuma untuk warga asing adalah tidak benar dan merupakan satu penipuan.
00:39Rumah percuma di Johor hanya diberikan kepada golongan miskin tegar di bawah Inisiatif Rumah Kasih Johor atau RMMJ
00:46dengan RM67.5 juta telah diputukkan hingga 2026 bagi sasaran pembinaan 500 unit rumah.
00:53Setakat Jun 2025, 17,745 unit RMMJ dengan julat harga antara RM42,000 dan RM300,000 telah diserahkan kepada rakyat.
01:05Muhammad Jafni turut mengingatkan rakyat Johor agar lebih puas pada terhadap tawaran meragukan dan perlu merujuk saluran rasmi Kerajaan Negeri.
Comments