Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
MOF menyekat MyKad dan kelayakan BUDI95 individu yang mengisi petrol RON95 subsidi ke dalam tong. Kerajaan menegaskan tindakan tegas akan diambil bagi membendung ketirisan dan menyeru orang ramai menyalur maklumat kepada pihak berkuasa.
Transcript
00:05Kementerian Kewangan MOF akan menyekat kad pengenalan individu dikesan menyalahgunakan bantuan program Budi Madani RON95, Budi95 dengan mengisi petrol bersubsidi
00:17itu ke dalam tong atau bekas kosong yang tular di media sosial.
00:20MOF dalam kenyataan memaklumkan perbuatan itu jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah program Budi95 dan berpotensi
00:31menjejaskan usaha kerajaan dalam memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar serta berkesan.
00:39Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan siasatan mendapati individu terbabit warga negara Malaysia dan pemegang MyCard.
00:47Susulan itu, MOF akan mengambil tindakan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi itu serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati
00:57Budi95.
00:58MOF memaklumkan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi khususnya dalam ketidaktentuan situasi semasa yang
01:09memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api.
01:12Sebelum ini, tular rakaman video di stesen minyak memaparkan perbuatan dua individu mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah tong yang
01:22diletak pada tempat letak barang sebuah kenderaan.
01:25MOF memaklumkan kerajaan menghargai rakyat yang cakna serta menyalurkan aduan berhubung isu itu dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi
01:35membendung aktiviti tidak bertanggungjawab.
01:38Orang ramai dialur-alurkan terus menyalurkan maklumat dan membuat aduan rasmi dengan menghubungi Pusat Hikmat Budi Madani menerusi talian 1300
01:4788 9595 atau WhatsApp 03 2631 4595 atau email budimadani at treasury.gov.my.
01:59Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended