Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
JPJ mengambil tindakan terhadap 14,455 kenderaan daripada lebih 172,000 yang diperiksa setakat Isnin dalam Ops Hari Raya Aidilfitri 2026, menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli.
Transcript
00:00Baik, dalam perkembangan berasingan, Ketua Pengarah JPJ Dato' Edi Fadli Ramli memberitahu sebanyak 14,455 kenderaan di seluruh negara telah
00:11diambil tindakan oleh Jabatan itu setakat Isnin.
00:15Jumlah itu adalah daripada 172,479 kenderaan yang diperiksa sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri 2026, Ops HRA 2026.
00:30Menurut beliau, tindakan diambil atas pelbagai kesalahan yang melibatkan kenderaan persendirian, motosikal, kenderaan barangan, kenderaan perkhidmatan awam serta bas.
00:40Beliau berkata, sebanyak 1,651 selit pemeriksaan turut dikeluarkan manakala 289 kenderaan disita termasuk 43 kenderaan barangan kerana tidak mematuhi
00:52larangan pemanduan road band yang sedang berkuat kuasa.
00:56Jelasnya, JPJ mengeluarkan 33,402 notis bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk notis JPJ, kurungan P22,
01:10notis arah periksa serta notis temusiasat mengikut Seksyen 114 Akta Berkenaan.
01:17Kesalahan paling tinggi direkodkan ialah tidak memakai tali pinggang keledar sebanyak 761 kes diikuti membawa lebih muatan 353 kes serta
01:28membawa muatan secara berbahaya 298 kes.
01:31Selain itu, Eddie Fadli berkata, sebanyak 317 kes melibatkan kegagalan mematuhi isyarat lampu merah manakala 293 kes direkodkan bagi kesalahan
01:43tidak memakai topi keledar.
01:45Analisis mengikut negeri menunjukkan Johor merekodkan kesalahan tertinggi iaitu 881 kes diikuti Pahang 264 kes dan Perak 207 kes khususnya
01:57melibatkan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan penggunaan telefon bimbit semasa memandu.
02:03Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended