00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menggantung tugas serta merta dua anggotanya, sementara siasatan dijalankan berhubung dua insiden membabitkan kenderaan jabatan itu
00:11termasuk terlibat kes kemalangan maut di Tanah Merah Jumat lepas.
00:15Ketua Pengarah JPJ, Datuk Eddi Fadli Ramdi berkata, satu lagi insiden berkaitan video tular yang menunjukkan kenderaan JPJ memotong di
00:24garisan berkembar yang kedua-dua insiden melibatkan kenderaan dan anggota yang sama.
00:30Jelas Eddi, insiden pertama melibatkan video tular kenderaan JPJ melanggar ataupun memotong garisan berkembar di Jalan Raya Timur Barat JRTB
00:40yang berada di bawah bidang kuasa siasatan dalaman jabatan.
00:45Menurutnya, bagi kes tersebut, JPJ telah menggantung tugas anggota terlibat dan menghantar pasukan untuk menjalankan siasatan dalaman.
00:54Menurutnya, berdasarkan siasatan, kes berkenaan berlaku di kilometer 129 berhampiran hentian damai Jalan Raya Timur Barat JRTB dekat Jeli sekitar
01:04jam 3 petang pada 19 Mac lalu.
01:07Saya telah mengarahkan untuk kedua-dua anggota tersebut digantung tugas sehingga siasatan dalaman selesai.
01:16Di pingkat ini, untuk video tersebut, siasatan akan dilaksanakan oleh JPJ, manakala untuk kemalangan itu akan dilaksanakan oleh pihak polis.
01:26Bukan setakat notis saman sekiranya didapati bersalah, kita akan ambil tindakan tata-tata akan diambil terhadap anggota yang terlibat.
01:37Dalam pada itu, Eddie Fadli mengesahkan insiden kemalangan dengan sebuah produa Maivi yang mengorbankan anak kepada editor kanan Esro Awani
01:47di kilometer 85.5 Jalan Kota Baru Macang, Jeli pada Jumaat lalu melibatkan kenderaan dan anggota JPJ yang sama.
01:56Bagaimanapun katanya, insiden berkenaan berlaku pada hari dan lokasi yang berbeza kerana video tular melibatkan pelanggaran garisan berkembak itu berlaku
02:05sehari sebelum kemalangan tersebut.
02:07Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kedua-dua kejadian tersebut kerana ia melibatkan situasi dan masa yang
02:16berbeza.
02:17Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pemantauan operasi khas Hari Raya Aidilfitri 2026 di pusat kawalan Menora di Ipoh
02:26pada Isnin malam.
02:28Hadir sama pengarah kanan penguatkuasa JPJ, Datuk Mohd Kifli Mahasan dan pengarah JPJ Perak, Mohd Yusof Abustan.