00:00Hamzah Zainuddin memberi bayangan gerakan politik baharu sedang digerakkan akan bertanding pada PRM Melaka sambil mendakwa sokongan terhadapnya daripada bekas
00:11pemimpin dan ahli bersatu semakin kukuh.
00:14Bekas timbalan Presiden Bersatu itu berkata penyertaan dalam pilihan raya tersebut penting kerana Melaka memerlukan kepimpinan berwawasan jelas demi masa
00:25depan negeri.
00:25Dalam pada itu Hamzah yang juga ketua pembangkang tidak mendedahkan platform rasmi yang akan digunakan sebaliknya hanya memberi isyarat pengumuman
00:35mengenai wadah politik baharu akan dibuat bila tiba masa.
00:40Hamzah turut mendakwa gerakan itu kini mendapat sokongan yang semakin bertambah daripada bekas ahli Parlimen Bersatu, penyokong lama parti itu
00:49serta tokoh politik lain yang mahu bersama.
00:52Hamzah turut mengelak mengulas desas-desus mengenai kemungkinan menyertai PAS sambil menegaskan spekulasi politik tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang
01:02pasti.
01:03Azurin Zainal, FMT
Comments