Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk buah-buahan import dijangka mampu menjana pertambahan hasil sebanyak RM38 juta setahun bermula 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Transcript
00:00Kutipan cukai jualan dan perkhidmatan SST untuk berbuahan import dijangka mampu menjana pertambahan hasil sebanyak RM38 juta setahun bermula 2006, kata Kementerian Kewangan MOF.
00:12Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin, MOF berkata semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan cukai perkhidmatan SST yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2025 dijangka mampu menjana pertambahan hasil sebanyak RM10 bilion setahun bermula tahun 2006.
00:31Katanya langkah semakan semula kadar SST dilaksanakan antara lainnya bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara di samping mempromosi dan menyokong industri buah tempatan.
00:45Namun begitu, kerajaan telah mengambil kira maklum balas rakyat dan menyemak semula kadar untuk mengecualikan buah import terpilih seperti apel, oran, kurma dan limau mandarin di mana keputusan ini diambil untuk memastikan akses yang terjamin kepada makanan yang berkhasiat dan lazim dimakan, terutamanya bagi golongan rentan.
01:03Kementerian Berkenaan berkata demikian bagi menjawab soalan Jimmy Puahwisa PH Tebrau yang ingin tahu jangkaan pengutipan hasil daripada peluasan SST yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai ini khususnya kutipan untuk buah-buahan import.
01:18Mengulas lanjut, MOF berkata peluasan SST dilakukan secara bersasar dan memastikan kemudahan dan pengecualian tertentu diberikan sebagai langkah mitigasi bagi memastikan beban cukai diagihkan secara adil serta ditanggung oleh pihak yang berkemampuan sahaja.
01:35Sementara itu, Kementerian itu berkata kerajaan belum berhasrat untuk melaksanakan cukai barang dan pengkhidmatan GST kerana pendapatan rakyat secara amnya masih rendah untuk dikenakan cukai GST yang bersifat meluas.
01:47Ia berkata pelaksanaan SST dapat memberikan impak fiskal yang lebih pantas kepada kerajaan berbanding langkah memperkenalkan semula GST.
01:55Kementerian itu berkata demikian ketika menjelaskan pertanyaan Datuk Seri Insinyur Dr. Wee Ka Siong BN Air Hitam yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memperkenalkan semula GST.
Comments

Recommended