Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyeru komuniti luar bandar manfaatkan gerakan koperasi sebagai pemacu ekonomi melalui sektor pelancongan dan pertanian, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
00:00Baik, komuniti luar bandar wajar memanfaatkan kerakan koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi melalui sektor pelancongan dan pertanian.
00:08Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Iwan Benedict, Koperasi ialah platform terbaik untuk menggerakkan keusahawanan desa
00:14selain membolehkan komuniti setempat bersaing dengan syarikat besar menerusi sokongan, bantuan dan gerakan kerajaan.
00:21Lebih 16,000 koperasi dibangunkan di seluruh negara termasuk hampir 2,000 koperasi di Sabah dengan 6 daripadanya tersenarai dalam Liga Premier Koperasi.
00:31Ini jelasnya membuktikan koperasi di Sabah juga mampu bersaing jika diberi peluang dan sokongan sewajarnya.
00:37Menurut Iwan, selepas dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau mengunjungi koperasi berkenaan dan meluluskan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk pelbagai pembangunan.
00:47Sejumlah RM80,000 disalurkan melalui bantuan sektor peneraja ekonomi koperasi prospek bagi menaik taraf jambatan titian, membina laluan perjalan kaki konkret dan pintu gerbang koperasi.
00:58Beliau turut memuji usaha koperasi pelancongan Tagal Kampung Likubang yang mengetengahkan aktiviti riadah sungai dan pemuliharaan ikan berasaskan Tagal sebagai tarikat utama pelancongan komuniti.
01:09Dalam hari itu, beliau berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah memperkenalkan program jejak koperasi sebagai persediaan memperkukuh koperasi sektor pelancongan menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
Be the first to comment