Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Kerajaan bakal membentangkan rang undang-undang e-dagang baharu pada Mac 2026 yang memperjelas peranan ‘affiliate’ dalam pemasaran digital, bagi menutup kelompongan undang-undang dan menangani lebih 4,800 aduan transaksi dalam talian yang direkodkan setakat Julai 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penggubalan rang undang-undang khusus untuk mengawal selia e-dagang akan turut merangkumi takrifan lebih jelas
00:05terhadap pihak yang terlibat termasuk kumpulan pemasaran dalam talian secara afiliat bagi memastikan peraturan yang digubal lebih adil dan menyeluruh.
00:13Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sada Hidup, Datuk Dr. Fouzia Saleh,
00:18hasil sesi libat urus bersama pemain industri mendapati wujud keperluan untuk mengasingkan peranan afiliat daripada kategori penjual
00:25yang selama ini didefinisikan dalam undang-undang sediada.
00:30Sebelum ini jelasnya golongan afiliat didefinisikan sebagai sebahagian daripada penjual.
00:36Namun melalui perbincangan dan sesi libat urus ini, pihaknya melihat kedudukan mereka berbeza kerana mereka bukan pemilik produk.
00:43Menurutnya langkah mengasingkan kategori afiliat akan menutup kelompongan undang-undang sediada selain melindungi hak semua pihak dalam ekosistem e-dagang.
00:51Fouzia menegaskan kejelasan peranan setiap pihak penting bagi menjamin pelindungan pengguna,
00:56meningkatkan ketulusan dalam kalangan penyedia perkhidmatan, serta mewujudkan budaya akauntabiliti dan pasaran yang lebih adil.
01:03Sebelum ini, media melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kosara Hidup Datuk Armizam Muhammad Ali berkata,
01:08perbentangan rangk dan undang berkaitan platform e-dagang dijangka diadakan sewaktu persidangan Dewa Rakyat pada Mac tahun hadapan.
01:15Dalam pada itu, Fouzia menegaskan isu transaksi dalam talian bukan lagi perkara terpencil,
01:20sebaliknya menjadi antara kategori aduan tertinggi yang diterima kementerian setiap tahun dengan 4,809 aduan direkodkan setakat 31 Julai lepas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended