Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
MAPIM menjelaskan Karnival Sumud Nusantara 2025 di Dataran Merdeka adalah untuk advokasi dan solidariti terhadap Gaza, bukan pesta komersial. Acara ini turut menampilkan aktiviti seni, budaya dan kerohanian serta kemuncak Himpunan & Selawat MalaysiaKu Bersama Gaza.
Transcript
00:00Dalam pada itu, Majlis Perundingan Pertubahan Islam Malaysia, MAPIM menegaskan bahawa penganjuran pesta makanan Food Fest di dalam karnival Sumut Nusantara 2025 hanyalah elemen sampingan dan bukan fokus utama karnival tiga hari.
00:14Sebaliknya, karnival anjuran bersama Majlis Perundingan MAPIM dan Cinta Gaza Malaysia, CGM, yang berlangsung di Dataran Merdeka bermula Jumaat hingga Ahad ini, berdua tujuan advokasi, solidariti dan mendidik rakyat Malaysia terhadap isu Gaza.
00:27MAPIM menjelaskan karnival itu untuk menyediakan pengalaman interaktif dan pendidikan untuk semua pengunjung termasuk keluarga melalui pelbagai aktiviti berbentuk seni, budaya dan kerohanian.
00:37MAPIM dalam satu kenyataan memberitahu aktiviti ini bertujuan agar pengunjung meluangkan masa secukupnya untuk memahami penderitaan dan semangat menghibar rakyat Palestine dengan cara yang dekat dengan budaya Malaysia.
00:48Mengulas lanjut, MAPIM berkata pihaknya menghormati pandangan NGO dan individu yang prihatin terhadap penderitaan Gaza, namun menolak dawaan bahawa karnival berkenaan bersifat eksploitasi atau komersialisasi.
00:59MAPIM menambah kesinambungan dengan misi advokasi global karnival itu digerakkan melalui tiga kerangka utama Sumut Nusantara iaitu Konvoi Darat, Karnival Himpunan serta Flotila Sumut Nusantara.
01:10Sebenarnya itu, MAPIM menyeru rakyat Malaysia untuk terus menzahirkan solidariti terhadap Gaza melalui pelbagai usaha termasuk doa, sembangan seni dan gerakan sukarela.
01:20Malam Himpunan dan Selawat Malaysia Ku bersama Gaza merupakan acara kemuncak karnival Sumut Nusantara 2025, Anjuran Bersama Majlis Perundingan MAPIM dan Cinta Gaza Malaysia.
01:29Acara berkenaan dijangka menghimpulkan lebih 100 ribu peserta dari seluruh negara serta bakal disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyampaikan syarahan perdana dan ucapan perasmian.
01:40Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended