00:00Trafik penumpang antarabangsa di lapangan terbangan antarabangsa Kuala Lumpur KLIA meningkat 10.3% kepada 3.9 juta penumpang pada Julai 2025.
00:12Ia sebahagiannya dipacu oleh inisiatif pengembangan rangkaian strategik termasuk pelancaran penerbangan 3 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Jan yang meningkatkan lagi akses laluan udara dengan pasaran utama China.
00:24KLIA kini menempatkan beberapa syarikat penerbangan China termasuk China Solar Airlines, China Eastern Airlines, Xiamen Airlines dan Air China yang kesemuanya mengedalikan penerbangan ke bandar-bandar utama seperti Guangzhou, Shanghai, Xiamen dan Beijing.
00:42Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airpods Dato' Izani Gani berkata penambahan laluan zian oleh Long Air terus mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai pintu masuk utama bagi penumpang China ke Asia Tenggara.
00:56Katanya pertumbuhan strategik keterhubungan dengan bandar-bandar China merupakan pemacu utama pengembangan ekonomi Malaysia secara keseluruhan dan mengukuhkan kedudukan KLIA sebagai hak penerbangan pilihan di Asia Tenggara.
01:10Keseluruhan rangkaian lapangan terbang di bawah pengurusan MAHB merekodkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 8.9 juta pada Julai 2025 dengan 4.6 juta merupakan penumpang antarabangsa dan 4.3 juta lagi penumpang domestik.
01:28Selain itu kata Izani, lapangan terbang-terbangsa Istanbul Sabiak Gotchen di Turki milik kumpulan itu merekodkan pergerakan penumpang sebanyak 4.4 juta dalam tempoh yang sama.
01:39Secara keseluruhan, MAHB mencatatkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 13.3 juta bagi Julai meningkat 5.7% banding Jun 2025.
01:51Katanya MAHB kini terus menumpukan usaha kepada pengukuhan penambahbaikan infrastruktur lapangan terbang serta penerapan teknologi terkini bagi menampun trafik penumpang yang semakin meningkat.