Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Untung bersih syarikat merosot 66.2% tahun ke tahun kepada RM99.8 juta, manakala bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, angka tersebut dicatatkan pada RM166.8 juta, menurun 55.2% tahun ke tahun.
Transcript
00:00Pemaju Hartanah SP Setia Berhad melaporkan keputusan kewangan lemah bagi suku kedua tahun kewangan 2025
00:06dengan untung bersih merosot 66.2% tahun ke tahun kepada 99.8 juta ringgit.
00:15Bagi separuh pertama tahun kewangan tersebut, keuntungan bersih SP Setia dicatatkan pada 166.8 juta ringgit
00:22menurun 55.2% tahun ke tahun.
00:30hanya 39% dan 32% daripada unjuran keuntungan setahun penuh oleh firma pendidikan, public invest serta konsensus pasaran.
00:39Prestasi bawah jangkaan itu berpunca daripada bil penjualan yang lebih rendah serta marjin yang mengecil.
00:45Sehubungan itu, public invest menyemak semula unjuran keuntungan SP Setia bagi tahun kewangan 2025 hingga 2027
00:53dengan pengurangan purata 9% selepas mengambil kira pelarasan ke atas andaian bil penjualan dan marjin.
01:01Firma pendidikan tersebut mengekalkan saranan neutral terhadap syarikat itu dengan harga sasaran lebih rendah iaitu RM1.20
01:08bersamaan diskaun sekitar 55% daripada nilai buku.
01:12Kemerosutan pendapatan dan keuntungan SP Setia dorong oleh ketiadaan jualan tanah berskala besar
01:19serta sumbangan lebih rendah daripada projek luar negara.
01:23Hasil daripada penjualan tanah turut susut RM765 juta tahun ke tahun.
01:28Secara segmen, hasil pembangunan hartanah dan keuntungan sebelum cukai bagi separuh pertama 2025
01:34merosok lebih 50% tahun ke tahun kepada RM1.6 dan RM320 juta.
01:43Penurunan tersebut diimbangi sebagainya oleh prestasi lebih baik daripada projek Buttersea Power Station di London.
01:50Manakala dari sudut jualan syarikat tersebut masih mengekalkan momentum
01:54dengan mencatatkan jualan prakontrak sebanyak RM1.9 dalam separuh pertama
02:01bersamaan 40% daripada sasaran jualan 2025 sebanyak RM4.8 bilion.
02:09Projek domestik menyumbang RM1.42 bilion dipacu oleh wilayah tengah RM955 juta
02:16dan wilayah selatan RM430 juta
02:19sementara projek antarbangsa menyumbang RM480 juta.
Comments

Recommended