00:00Pindahan terhadap Akta Persaingan 2010 Akta 712 sebagai usaha mencegah aktiviti kartel dalam pasaran kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan di Parlimen akhir tahun ini.
00:13Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Hidup Dato' Armizan Muhammad Ali berkata, cadangan pindahan itu melibatkan penyediaan perundangan persaingan yang lebih menyeluruh dan berkesan.
00:24Armizan berkata, semua industri termasuk komunikasi dan multimedia, penerbangan awam serta tenaga akan dikawal selia di bawah satu perundangan persaingan khusus.
00:35Hala tujuh RMK13 adalah untuk memusatkan kawal selia isu dan perkara persaingan di bawah satu perundangan persaingan yang khusus.
00:45Langkah tersebut akan melibatkan pindahan Akta 712 dan perundangan lain yang berkaitan.
00:50Walau bagaimanapun, merujuk kepada tindakan terkini MyCC yang sedang dalam proses memindah Akta 712, ianya melibatkan penambahbaikan kepada kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan.
01:03Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia ke-13 bagi Kementerian itu di Dewan Rakyat pada Khamis.
01:11Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kuasa Hidup KPDN juga mengambil maklum cadangan penambahbaikan supaya pengesanan dan siasatan terhadap sebarang unsur kartel dan pakatan bida dilaksanakan sebelum proses perolehan dimuktamadkan.
01:27Sesulan itu, Armizan berkata di bawah Akta 712, MyCC diberi mandat untuk memulakan penyiasatan, perlandaskan kepada empat kaedah.
01:36Ia antaranya secara ex officio atau berdasarkan maklumat serta aduan yang diterima daripada mana-mana pihak seperti orang awam, agensi kerajaan dan pihak industri.
01:47Armizan berkata berdasarkan rekod penguatkuasaan, MyCC telah mengeluarkan beberapa keputusan pelanggaran di bawah Seksyen 40 Akta 712 melibatkan 270 perusahaan.
01:58Daripada jumlah itu, sebanyak 268 perusahaan didapati terlibat dalam aktiviti kartel dan dua perusahaan menyalahgunakan kedudukan monopoli mereka.
02:09Manakala 26 perusahaan terbukti melanggar Seksyen 4 Akta 712 kerana terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida dan dikenakan penalti kewangan berjumlah RM97.71 juta.
02:23Terima kasih telah menonton!